Showing posts with label pengumuman. Show all posts
Showing posts with label pengumuman. Show all posts

Monday, July 06, 2009

Nikmatnya sebuah keamanan


Nikmatnya sebuah keamanan, semua hati suci mahukan nikmat tersebut dalam melayari hidup. Kebahagiaan yang dikecapi sebenarnya merupakan anugerah sebuah keamanan, pengertian tentang pentingnya persaudaraan diantara manusia. Jika ini terabai, maka rosaklah keamanan, hancurlah kebahagiaan.

Sempena dengan Hari Keamanan sedunia 2009 nanti, marilah kita bersama-sama sebarkan rasa kasih sayang sesama manusia, hilangkan segala percaturan nafsu. Tunjukkan betapa keagungan 'AMAN' dihargai.
DUNIA MAHUKAN KEAMANAN, BUKAN PEPERANGAN

Tuesday, March 10, 2009

Maklumat terbaru tentang HINEX CAMP 2009


Tarikh : 9 - 13 Jun 2009
Tempat: TATi University College, Teluk Kalong, Kemaman Terengganu.
Pendaftaran : 9 Jun 2009
Masa: 8.30 pg - 4.30 ptg
Yuran : RM 50.00 setiap peserta ( yuran tidak termasuk makan, pengangkutan)
Majlis Perasmian :10 Jun 2009
Majlis Penutupan : 13 Jun 2009

Aktiviti :

1-Pameran Pengakap
2- Pameran Agensi Swasta dan Kerajaan
3- Aktiviti Industri Minyak dan gas
4- Aktiviti Lawatan ke sekitar Kuala Terengganu
5- Aktiviti Kemasyarakatan
6- Aktiviti Kemahiran
7- Aktiviti Pantai
8- Aktiviti Makanan Tradisional
9- Aktiviti Pengakap
10- Aktiviti Kebudayaan

Sebarang pertanyaan dan surat-menyurat boleh dialamatkan ke :

Urusetia Hinex Camp Ke-9
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
TATi University College (TATiUC)
Teluk Kalong, 24000 Kemaman
Terengganu.

No. Tel: 09-8633863
No. Fax: 09-8635863

* Setiap kontigen diminta untuk
- membawa bendera IPT masing-masing
- mengambil insuran kumpulan masing-masing
-menyediakan satu persembahan( 10 minit ) untuk malam Gala HINEX
-membawa khemah dan peralatan lain yang dirasakan perlu

Sunday, March 08, 2009

Salam Maulidur Rasul


SALAM MAULIDUR RASUL
BUAT SEMUA PELAWAT ODYSSEYROVERS
TERUTAMANYA YANG BERAGAMA ISLAM


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


“Sesiapa yang mengasihiku dengan mengasihi kedua-dua (cucuku ini) serta kedua ibu bapa mereka (Sayyiduna Ali dan Fatimah r.a.), maka mereka akan bersamaku di dalam kedudukanku pada hari Kiamat.” (Hadith riwayat Imam Ahmad dan Tirmidzi, hadith Hasan)


Friday, January 09, 2009

Tangis untuk saudara ku..........








PBB dedah kekejaman Israel bunuh rakyat Palestin

JERUSALEM: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan 30 rakyat Palestin di Gaza terbunuh awal minggu ini apabila mereka diarah askar Israel berlindung di sebuah rumah yang kemudiannya dibedil.


Laporan Pejabat PBB bagi Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) berkata, pada 4 Januari lalu askar Israel membawa 110 rakyat Palestin ke sebuah rumah di Zeitoun, tengah Gaza, dan memberi amaran supaya tidak keluar dari situ.

Laporan itu yang memetik sumber saksi menyatakan rumah itu kemudian dibedil, menyebabkan 30 daripada rakyat Palestin berkenaan terbunuh.


Tentera Israel berkata ia sedang menyiasat insiden berkenaan. - Reuters

Tangisan anak Palestin

Tangis sendu mereka
bagai terngiang di cuping telinga
dekat dan merintih manja
minta belai dan kasih mesra

Tangis anak Palestin itu
bukan cuma sekadar pengharapan
yang kini makin pudar
dimamah gelombang kesatuan yang kian hilang

Anak Palestin itu
menuntut harap
meminta belas
menagih sekota rasa

Bila Ibu ayah mereka kini syahid
Bila negara mereka dirobek rakus
Bila Hidup mereka kian pupus
Dan Pemimpin mereka kini semulusnya
mengikat janji
malara damai
yang tidak kunjung
kerana bangsa yang menggila itu
bukan pemberi simpati
dan rakusnya mereka meratah
tubuh-tubuh yang tidak bersalah

Bangkitlah laungan kesatuan
dalam perjuangan
dalam pengorbanan
dari segenap alam

Kita sebahagian dari mereka
mereka sebahagian dari kita

Hingga lontaran bebatu kerikil jalanan
menghambat 'Yahudi' durjana
dan Islam yang tercinta
pasti ternobat jua akhirnya


nukilan,
akhi masrawi.
akhir said


Tuesday, December 23, 2008



Allayarham Tuan Haji Nawi bin OthmanPesuruhjaya Pengakap Kelantan
Telah Meninggal pada 19 Disember 2008
Jam 3 pagi
Semoga Rohnya dicucuri rahmat serta digolongkan di kalangan orang-orang yang beriman
Kepengakapan telah kehilangan seorang Pemimpin yang sering bertanggungjawab serta banyak memberikan sokongan atas aktiviti kepengakapan juga kesukarelaan
Salam Takziah buat Ahli Keluarga Allahyarham serta Warga Pengakap Negeri Kelantan...
* Amin *
 

Odyssey Rover's Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Blogger Templates © 2008