Saturday, August 08, 2009

rahsia yah0o

2comments
lucu n kelakar pon ada, lawak la jugak....
tahukah anda bagaimana caranya untuk menyebut Yahoo! dengan sebetul dan setepatnya?
mungkin ramai yang masih belum tahu, dan mungkin juga ramai yang masih terpikir2 cara sebenar menyebut perkataan yahoo. Hasil dari kajian aku, melalui pembacaan blog dan penelitian minda yang rapi, aku dh jmpe cara yang sebenar untuk menyebut yahoo. sebenarnya pihak yahoo ada mengeluarkan atau mem'publish'kan cara yang betul untuk menyebut yahoo mereka.
TAK PERCAYA......??

key, begini caranya.
1- tuan2 bukak home page yahoo......sini
2- tengok di logo yahoo ! di sebelah atas kiri tuan2, lw x jumpe, sila jumpa dgn doktor pakar mata (wakakak).
3- try tuan2 tekan di logo ! anda akan dapat hasilnya.

SELAMAT MENCUBA

ps- google lak cm ne ek??

Friday, August 07, 2009

waspadalah.....

0comments

Thursday, August 06, 2009

latest from me...

0comments
salam, hari ini aku dh menjankau ke dunia baru. Dunia yang penuh dengan cita-cita dan harapan. Dunia seorang pelajar Universiti yang penuh dengan matlamat dan tujuan. Beberapa jam yang lepas aku sudah berjaya siapkan paper work aku yang kedua yang bertajuk 'Seluhur Ramadhan'.
Program yang aku sendiri rancang. Program yang bagi aku tidaklah sebesar mana, tapi mungkin penuh dengan harapan dan pengertian pertama aku ke arah mahasiswa berilmu dan sedar.

Latar belakang Program
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang suci bagi umat Islam, kerana pada bulan ini umat Islam di seluruh dunia akan menjalani ibadah puasa. Ia menuntut kita supaya patuh kepada arahan tuhan dan menjauhi laranganNya. Ketika inilah akal dan nafsu kita diuji. Namun, dalam kehangatan kita menghadapi bulan Ramadhan, masih ada lagi golongan yang kurang bernasib baik. Atas kesedaran inilah, Persatuan Pengakap Laut Kelanasiswa UMT mengambil inisiatif untuk mengadakan Program ‘Seluhur Ramadhan’. Program ini merupakan sebuah program kebajikan yang telah dirancang secara rapi oleh Persatuan Pengakap, ia bertujuan untuk membantu golongan miskin dalam menghadapi ujian di bulan Ramadhan. Program seumpama ini sesungguhnya penting untuk memberi kesedaran pada mahasiswa/i tentang pentingnya semangat persaudaraan dalam Islam. Ia juga dapat memberi peluang pada mahasiswa/i untuk menyelami penat jerih kehidupan golongan yang kurang berada selain melatih jiwa mahasiswa/i supaya menjadi pelajar yang cakna akan isu sekeliling (dlm paper work).
itulah dia sedikit sebanyak latar belakang program ini. Program ini adalah sebenarnya sebuah program kebajikan bertujuan untuk membantu golongan miskin yang hidup didalam kesempitan dibulan ramadhan. seperti kata pepatah, kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Program ini melibatkan sebah keluarga yang miskin yang menetap di Kg Gong Pok Jin ( x jauh dr UMT ) yang pada suatu masa dahulu penah masuk kedalam TV3 kerana kesusahan hidup mereka. Kalau orang lain boleh buat, kenapa kita tidak?? Oleh kerana itulah aku sedar akan perkara ini, dan aku bertekad untuk mewujudkan program seumpama ini dalam kelab pengakap. Mungkin program ini nampak janggal sedikit namun aku pasti dengan bantuan dari ajk2 yang telah aku pilih dgn teliti, nescaya program ini akan berjaya mencapai matlamatnya. insyallah.

* beberapa program lagi bakal menyusul....

Sunday, August 02, 2009

10 years before independent.........

0comments
sedar tak sedar kita sebenarnya telah menjengah ke bulan ogos iaitu sebuah bulan yang cukup bermakna buat negara kita, kerana pada bulan ini lah negara kita menyambut kemerdekaan yang pertama pada 52 tahun yang dahulu.oleh itu, disini abg nak cerita sedikit mengenai sebuah filem kemerdekaan, "10 tahun sebelum merdeka" arahan saudara fahmi reza. Filem dokumentari pendek ini menceritakan pengalaman yang dilalui oleh 5 individu yang turut serta dalam perjuangan politik kiri untuk membentuk sebuah gerakan kemerdekaan rakyat di Malaya, sepuluh tahun sebelum merdeka.



filem ini cukup memberi kesedaran pada jiwa abang, tentang pentingnya semangat kemerdekaan. jika sebelum ini kita sering blur dan tak tahu apa itu kemerdekaan maka sudah tiba masanya kita sedar, dan bangkit bersama-sama.marilah kita menonton filem 10tahun sebelum merdeka. sebuah karya fahmi reza.

untuk keterangan lanjut tentang filem ini, klik cniy www.10tahun.blogspot.com

Monday, July 20, 2009

renungan bersama

0comments


Sunday, July 19, 2009

Amaran dari ALLAH S.W.T

0comments
cerita ini telah hamba perolehi dari seorang sahabat Umt. so renung-renungkan dan selamat membaca....

Begini ceritanya.... Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut.

Ketika dalam pembedahan, mulutnya berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut.............. Nak tahu ape dia???????? Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang didalam kandungannye bertulis dalam tulisan cina..nak tahu tak apa kandungannye??? Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia , sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi" Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup.Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut.

Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang ketibaan hari kiamat.. Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut... Adakah anda percaya ?

Dalam keadaan ini , cuba kita renungkan pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda- tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi.Contonhya lelaki kawin sama lelaki begitulah sebaliknye. Dan didalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda-tanda hari kiamat ialah apabila orang Islam! sendiri yang membenci islam dan menentangnye. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di negara kita.

Jadi secara amnye... sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma Rrasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila...........Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini. Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh di negara ini. Jadi sama-samalah kita renungkan bersama sesungguhnya berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia.....untuk menanti ketibaan hari kiamat....................

Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempa bumi di tiga tempat ....timur tengah,barat dan timur. Waktu itu baru Turki dan Taiwan. Tup..tup..Mexico di landa gempa bumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia dan Turki.

Sama sama kita renungkan...buktinya jelas makin nyata dari hari ke hari....sabarlah menanti.....sekian ini adalah keratan email yang dihantar oleh seorang rakan kepada saya.. oleh itu menjadi tanggungjawab saya untuk edarkan pada semua.. sekian..dlm Mulut Bayi (pernah disiarkan di sebuah akhbar berbahasa Cina Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan- amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)

http://writetoboy.blogspot.com

KL MOOT 2009

1 comment

PROGRAM
Perjumpaan Kelana Kuala Lumpur 2009 (KL Moot 2009)

TARIKH
31 Julai 2009 dan 01 Ogos 2009
(sempena Hari Pengakap Sedunia 1 Ogos )

TEMA
Berkelana untuk Kedamaian Sejagat
’Satu Malaysia Satu Wawasan’

ANJURAN
Majlis Pengakap Kelana WPKL

OBJEKTIF
Memupuk semangat berkelana (rovering) dikalangan ahliahli
Kelana dengan membina silaturrahim dan mengukuhkan
perpaduan sesama ahli Kelana dan masyarakat menerusi
aktiviti-aktiviti bersama .

PENDAFTARAN
Borang pendaftaran perlu dihantar sebelum 21 Julai dan
50% deposit perlu dibayar ke Akaun AmBank Pasukan
Pengakap Kelana Zonice
No. Akaun 014-201-200405-9
Masa lapor diri bermula jam 3 petang 31 Julai 2009

TEMPAT
Pusat Latihan Pengakap Kuala Lumpur ,
Lot 11, Jalan E 1/1 , Kaw.Perindustrian Taman Ehsan ,
Kepong, Kuala Lumpur

SASARAN
Ahli Kelana KL – Satu Zon : 50 Peserta
Pasukan Terbuka dan Jemputan.

BAYARAN
Yuran Penyertaan – RM 50
(Scarf,Tag,Lencana,Sijil,Aktiviti)

MAKAN & MINUM
Makan dan minum akan disediakan oleh pihak penganjur
pada 1 Ogos sahaja. (Sarapan , Makan Tengahari dan
Makan Malam)

PENGANGKUTAN
Pengangkutan ke tempat aktiviti akan disediakan.

KELENGKAPAN YANG PERLU DIBAWA
Uniform lengkap.
Peralatan untuk berkhemah. (khemah tidak disediakan).

LARANGAN
KL Moot adalah bebas dadah dan arak.
Zon Larangan Merokok

AKTIVITI Perhimpunan Hari Pengakap Sedunia , 5th APR JOTA /
JOTI , Kesenian dan Kebudayaan , Ekstrem ,
Komuniti , Pameran , Forum ’Rover Way’
www.roverskl.org

Wednesday, July 08, 2009

PPSMI Mansuh 2012

0comments
Petang tadi, Kabinet telah meluluskan untuk memansuhkan PPSMI. Polisi yang telah diperkenalkan pada tahun 2003 itu telah memberikan impak yang besar terhadap situasi negara, sehingga isu telah dicanang oleh pihak pembangkang dan membawa kekalahan teruk kerajaan pada pilihan raya tahun lepas.

PPSMI ini telah mendapat banyak bantahan daripada banyak pihak, antaranya adalah NGO2 dan ahli sasterawan negara, Dato' A samad said.

Setelah hampir 6 tahun PPSMI diwujudkan, kerajaan akhirnya perlu akur dengan kehendak rakyat bahawa PPSMI sebenarnya membunuh bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda, ia boleh meruntuhkan lagi moral Bangsa melayu dan mungkin juga akan menggagalkan usaha Kerajaan untuk mewujudkan satu malaysia.Dr. M dlm blognya cukup menentang keras keputusan kerajaan tersebut, nemun seperti kata2 Najib, 'rakyat didahulukan, prestasi di utamakan", Dr'M tolak tepi.

Hasil kajian telah menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang menggunakan PPSMI mempunyai minat yang semakin kurang dalam mata pelajaran sains dan teknologi walaupun keputusan pepriksaan menunujukkan peningkatan 4%. Guru-guru juga mempunyai masalah yang cukup besar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Ini membuktikan bahawa PPSMI merupakan suatu kesilapan besar bagi pihak Kerajaan.

Pemansuhan PPSMImerupakan sebuah kemenangan rakyat, kemenangan dalam menegakkan kebenaran dan menghapuskan pembohongan. Tahniha kepada semua yang tekad untuk menjaga bahasa Melayu. Semoga Bahasa Melayu akan terus dihormati dan disanjung di masa hadapan.

Rentetan Peristiwa PPSMI

ulai 2002 - Mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Januari 2003 - Dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah

Januari 2007 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah

Januari 2008 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

Mac 2009 - Lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Ia didukung Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.

Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."

Mei 2009 - Kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus mencipta rekod sejarah budayawan menentang dasar kerajaan tersebut.

Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara."

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."

Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.
 

Odyssey Rover's Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Blogger Templates © 2008