Jangan jadikan diri kita seperti watak kartun popeye, yang terlalu bergantung kepada ‘spinach’ untuk membina kekuatan. Popeye adalah watak yang lemah yang sentiasa dibuli oleh brutus. Ia terlampau bergantung kepada spinach untuk menjadi kuat. Tetapi oleh kerana ia hanya bergantung kepada satu sumber kekuatan dan tidak berusaha membina kekuatannya dari awal lagi, akhirnya ia kembali kepada sifat asal iaitu lemah, dibuli dan sentiasa dikalahkan. Maka itu kita hendaklah membina sendiri kekuatan daya tahan, daya juang, daya saing yang lebih kental untuk menghadapi alaf baru ini. Jika mahasiswa yang dianggap terpelajar mudah terpengaruh oleh elemen-elemen yang tidak sihat, di manakah darjat atau martabat seorang mahasiswa yang dikatakan terpelajar itu.
▪Mahasiswa adalah insan terpilih dan berpeluang mendapat pendidikan tinggi. Tidak semua orang memiliki peluang ini.
▪Dunia kemahasiswaan adalah dunia manusia idealis berteraskan tradisi dan budaya keilmuan / keintelektualan, berani berhujah dan bertindak secara rasional.
▪Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata mahasiswa adalah aset negara untuk mempertingkat dan memperkukuhkan pengurusan kejayaan negara.
▪Mahasiswa sebagai pewaris dan pengganti kepimpinan negara akan datang. Mahasiswa adalah rakan pembangunan negara.
▪Perdana Menteri (dalam ucapannya di Konvensyen MPP IPTA 2004) mahu mahasiswa khususnya pemimpin mahasiswa merupakan tenaga pengganti kepimpinan masa kini bagi merealisasikan Malaysia negara maju menjelang tahun 2020.
▪Masyarakat mengiktiraf dan meletakkan harapan yang tinggi kepada mahasiswa sebagai golongan terpelajar. Harapan untuk membawa negara ke arah kecemerlangan dan kegemilangan.
▪Tanggungjawab hakiki seseorang mahasiswa adalah belajar sebaik mungkin untuk lulus dan cemerlang dalam peperiksaan untuk menjamin masa depan yang lebih baik.
▪Menyertai pergerakan pelajar dan membentuk komuniti bagi membolehkan mahasiswa memainkan peranan yang lebih besar – melangkaui tanggungjawab hakiki.
▪Mahasiswa pernah memainkan peranan sebagai “jurubicara” masyarakat. Peranan ini perlu dimainkan secara bijaksana dan berhemah. Mahasiswa perlu berfikiran bebas dari segi ideologi dan politik.
Perjuangan dan Cabaran Mahasiswa Masa Kini
1.Memperkasa diri dalam aspek pembangunan minda, penghayatan budaya berfikir dan budaya percambahan ilmu
▪Tanggungjawab hakiki mahasiswa adalah menimba ilmu sebaik dan sebanyak mungkin.
▪Mesti lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.
▪Mesti memperkasa diri dalam aspek pembangunan minda.
▪Mengukuhkan penghayatan budaya berfikir dan percambahan ilmu – wacana, diskusi, perdebatan ilmu, dsb.
▪Pembudayaan ilmu
-Islam meletakkan ilmu sebagai asas tertinggi.
-Surah Al-‘Alaq sebagai wahyu pertama dari Allah ditafsirkan sebagai galakan pembudayaan ilmu dalam Islam.
-Surah ini (khususnya ayat 1 hingga 5) menerangkan bahawa Allah menjadikan manusia dari benda yang hina tetapi memuliakannya dengan mengajar membaca, menulis dan berilmu pengetahuan).
-Firman Allah SWT dalam surah Al-Zumar ayat 9 yang bermaksud: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”.
-Hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Darda r.a: “Bahawasanya orang-orang yang berilmu pengetahuan adalah pewaris para nabi. Bahawasanya para nabi itu tidak mewariskan wang dirham atau dinar, tetapi yang diwariskannya adalah ilmu. Oleh itu barangsiapa yang mengambilnya (mendapatkan ilmu itu), ia telah memperolehi bahagian pusaka yang sangat banyak”.
-Socrates, ahli falsafah Yunani meletakkan ilmu sebagai keutamaan tertinggi (arete) dan menganggap semua kejahatan berpunca daripada kejahilan (tidak berilmu).
▪Perbezaan pendapat tidak seharusnya membelenggu proses membuat keputusan sebaliknya dilihat sebagai manifestasi luasnya cakupan dunia ilmu.
▪Memainkan peranan intelektual dengan sentiasa peka terhadap perkembangan semasa, kelunturan daya juang dan daya saing.
.
▪Dalam ucapannya ketika membentangkan RMK-9, YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menekankan tentang peningkatan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama sebagai salah satu teras dalam Misi Nasional RMK-9.
▪Mahasiswa harus memainkan peranan membina diri sendiri dengan pemupukan minda kelas pertama serta melibatkan masyarakat untuk sama-sama menjadi insan yang berminda kelas pertama.
▪Matlamat akhirnya mahasiswa akan memikul tanggungjawab sebagai pelapis rakyat dan kepimpinan negara.
▪Mahasiswa turut memikul tanggungjawab untuk menjaga dan mempertahankan segala hak Malaysia sebagai negara berdaulat.
▪Membina semangat patriotisme yang tulen dan mantap dalam mendepani cabaran massa.
▪Membentuk kepimpinan yang benar-benar berupaya memimpin semua orang, bukan hanya sekumpulan kecil pengikut sahaja.
Penutup
▪Perjuangan mahasiswa terbahagi kepada dua iaitu perjuangan untuk diri sendiri dan perjuangan untuk masyarakat, bangsa, agama dan negaranya.
▪Perjuangan untuk diri sendiri – mendapatkan ilmu, belajar dengan baik, lulus dengan cemerlang.
▪Perjuangan untuk masyarakat, bangsa, agama dan negara – berpartisipasi dalam aktiviti-aktiviti pembangunan bangsa dan negara.
▪Bentuk kualiti diri yang tinggi dan menyumbang kepada usaha menguruskan kejayaan negara masa hadapan
dipetik dari www.kampusnegara.net
2021 check in.
3 years ago
0 comments:
Post a Comment