Tuesday, April 14, 2009

pedihnya sebuah kebenaran


Kemusnahan JKPP adalah semuanya bermula apabila TNC meletakkan JKPP di bawah pentadbiran MPP dimana dlm kata yg lebih ringkas, JKPP skrg adalah dibawah naungan MPP dan Hepa, kerana itulah suara JKPP disekat dan dikawal.
Untuk pengetahuan anda semua, sebenarnya dulu Pentadbiran JKPP adalah berbeza dgn MPP dimana, MPP adalah satu badan dan JKPP adalah suatu badan lain. JKPP bergerak sendiri tanpa perlu membuat permohonan ke MPP.

kenapa JKPP diletakkan dibawah MPP??
Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana Hepa ingin menyekat suara pelajar. Hepa menganggap bahawa JKPP adalah merupakan suatu badan yang berpotensi untuk menjadi wahana kepada suara2 pihak pembangkang atau lebih dikenali sebagai Pro-mahasiswa ( pihak yang menjaga kebajikan mahasiswa). Itulah sebabnya hepa meletakkan JKPP dibawah pentadbiran MPP.

Kedua, sejak dari dahulu lagi siapa2 yang hendak menjadi MPP haruslah terlebih dahulu menjadi JKPP, rasionalnya adalah sebelum seseorang itu boleh menjaga sebuah Universiti, dia seharusnya mahir dalam pentadbiran yang lebih kecil iaitu kawasan hostel. Namun sejak beberapa tahun yang lepas, sistem ini telah berubah. MPP tidak semestinya JKPP.
Jika dibandingkan pentadbiran yang lama n baru, bagi saya tiada perubahan, sama-sama teruk, kecuali zaman pentadbiran abg rais( diakui oleh senior 4 year). Buktinya adalah kewujudan traffic light kat depan UMT, itu semua adalah berkat dan titik peluh pentadbiran abg Rais.
Mereka sanggup turun dan naik di kementerian untuk meluluskan traffic light kat depan 2. Dulu, kawasan itu merupakan kawasan hitam bagi student UMT ( dulunya KUSTEM) dimana banyak kemalangan yang meragut jiwa berlaku. Banyak student UMT yang terkorban. Alhamdulillah, berkat usaha mereka, kita yang merasa kesenangan nya sekarang. Adakah MPP sekarang sanggup buat itu semua?

MPP merupakan suatu tugas besar, bukan calang-calang orang boleh jadi MPP, Kalau setakat pandai cakap tanpa berusaha untuk mendapatkan, adalah suatu yang sia-sia. Percayalah, graf keberkesanan MPP mengalami kejatuhan secara mendadak. Buktinya jelas, anda boleh merujuk mana2 student UMT dan lakukan sedikit survey, berapa peratuskah pelajar yang betul2 kenal MPP mereka?? adakah mencapai 10 percent....anda yang tentukan.

Menjadi seorang wakil pelajar adalah suatu cita2 semua pelajar di Universiti, mana tidaknya, harga sekeping sijil MPP lebih mahal dari seratus sijil2 biasa, ditambah dengan nikmat2 sementara yang dikurniakan kepada anda, pasti tiada siapa yang menolak. (saya pon nak jadi MPP). Tapi ingat lah saudaraku sekalian, menjadi seorang MPP adalah umpama menjadi seorang pesalah ISA. Sebelah kakimu di jail, dan sebelah lagi di kampus. Itulah yang seharusnya berlaku. Adakah anda sanggup gadaikan diri anda demi sebuah tanggungjawab?. Saya bukan mengajak kamu kesana, hanya sekadar berkongsi percambahan buah fikiran.
renung-renungkan, selamat beramal.......

0 comments:

Post a Comment

 

Odyssey Rover's Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Blogger Templates © 2008