Tuesday, May 05, 2009

yey...holiday !!



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


SELAMAT BERCUTI DIUCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU, SEMOGA BERTEMU SEMULA DI SEMESTA DEPAN
INSYAALLAH.....

Kepimpinan melalui pengaruh


CHIN PENG , TUN MAHATHIR, SITI NURHALIZA, ASHAARI MUHAMMAD, HIDEO NOMO, MAWI, HASAN AL-BANNA, TIGER WOODS, BILL GATES, SAID HAWWA, SIMON COWELL, ABU HAMID AL-GHAZZALI, IBN TAIMIYAH, STEPHEN COVEY, TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ, CALVIN COOLIDGE

Jika saya tanya, apakah yang menjadi asas saya mengumpulkan nama-nama di atas di dalam satu himpunan, tentu ada yang berubah wajah. Mungkin ada yang merah padam wajahnya apabila nama seorang alim, maka saya kumpulkan sekali dengan nama seorang artis. Mungkin ada di antara mereka ini yang anda tidak pernah mendengar namanya. Ada juga yang diketahui semua. Tetapi kembali kepada soalan saya tadi, apakah yang anda nampak di sebalik semua nama ini? Mereka adalah manusia yang BERPENGARUH. Setiap manusia ada pengaruh. Pengaruh itu bermaksud, dirinya berhubung dengan seseorang dan hubungan itu memberi bekas. Ada yang memberi pengaruh positif, ada yang memberi pengaruh negatif. Tetapi jika kita mahu perlakuan dan perkataan kita memberi impak kepada orang lain, ia mesti datang dengan pengaruh. Soal PENGARUH inilah yang sukar untuk dilihat kepentingannya oleh kita dalam konteks kehidupan yang luas ini.




KEPIMPINAN DAN PENGARUH
Saya pinjam huraian yang dibuat oleh John C. Maxwell di dalam bukunya 'Becoming A Person of Influence'. Apa yang dipaparkan ini adalah berkaitan dengan soal kepimpinan. Kepimpinan adalah salah satu cara mengaplikasikan pengaruh. Kepimpinan yang paling lemah, adalah kepimpinan yang bergantung kepada kuasa dan jawatan. Ada kedudukan, ada jawatan baru boleh memimpin. Ini adalah pemimpin yang paling lemah. Seorang pemimpin yang seperti ini sentiasa berada di dalam keadaan tidak tenteram dan tidak selamat. Beliau akan menggunakan sepenuh keupayaan yang ada untuk mempertahankan kedudukannya, lebih daripada usaha membangunkan dirinya sebagai seorang pemimpin. Kepimpinan yang bergantung kepada jawatan dan kedudukan ini, boleh melanda kepimpinan semuda kepimpinan di sekolah, sampailah kepada kepimpinan di sebuah kerajaan dan negara.

KEPIMPINAN DI SEKOLAH
Kalau di sekolah, andaikata pelajar dilatih memimpin hanya dengan jawatan, mereka akan hanya mampu mempimpin andaikata diberikan kuasa, jawatan dan kedudukan. Apabila mereka ini dilepaskan ke tempat yang memerlukan mereka untuk bangun sendiri, memimpin persekitaran dan membentuk pergerakan, mereka gagal. Ini adalah di antara punca mengapa ada pelajar yang cemerlang dalam kepimpinan di sekolahnya, apabila masuk ke universiti, gagal berperanan. Pelajar sekolah agama yang disegani (sebenarnya mungkin digeruni kerana kuasanya), mungkin gagal berbuat apa-apa, jika dia menyambung pengajian ke sebuah universiti yang tiada persatuan Islam, tiada platform, dan tiada siapa yang membekalkan kuasa. Jika ke Mesir yang ada persatuan seperti PMRAM, mungkin kelangsungan kepimpinan boleh diteruskan. Bagaimana pula jika pelajar ini dihantar ke bandar-bandar terpencil di Kiev Ukraine, Moscow, Wellington, atau Durham dan Swansea?

Ini antara analisa saya terhadap kegagalan sesetengah pelajar sekolah agama berperanan di kampus-kampus negara Barat. Apabila latar belakang mereka diselidik, mereka datang dari sekolah-sekolah agama yang bagus, malah mereka adalah di antara pemimpin pelajar yang terkenal semasa di sekolah. Tetapi kenapa gagal berperanan semasa di kampus? Bukan sahaja gagal memimpin, malah ramai juga yang ‘pencen awal’ dari identiti agama. Antara faktor yang saya kenal pasti, adalah pendekatan Tarbiyah mereka semasa di sekolah. Badan-badan agama yang diberikan otoriti
1 oleh pihak sekolah, atau diwarisi turun temurun, berperanan sebagai ‘cemeti’ melaksanakan dakwah di sekolah. Tetapi jika kepimpinan terlalu bergantung kepada kuasa dan kedudukan, mereka gagal memimpin di dalam dunia sebenar, yang melihat aspek yang lebih penting iaitu PENGARUH! Malah, di kampus juga, kekalahan kumpulan dakwah akan melenyapkan figura-figuranya2 daripada terus berfungsi di dalam masyarakat, kerana kebergantungan mereka kepada kuasa untuk melaksanakan dakwah. Mereka terlupa kaedah membangunkan Islam, berbekalkan pengaruh dan kualiti diri, yang wujud pada diri Muhammad SAW tatkala baginda belum menjadi Rasul di Mekah.

Hal yang sama teraplikasi di dalam sebuah organisasi perniagaan. Amat rumit jika ketua sebuah jabatan, adalah seorang yang hanya ada jawatan dan kedudukan tetapi tiada pengaruh. Beliau akan memaksa jawatan dan kedudukannya di’sedari’ oleh pekerja, dari semasa ke semasa, demi memastikan arahannya berjaya dipatuhi. Tetapi di dalam mesyuarat, kata-katanya bukanlah yang membentuk keputusan. Mungkin dengan kuasanya keputusan boleh dipaksakan ke atas mesyuarat, namun ia tidak menyerap ke hati dan persetujuan ahli. Tiada kesungguhan anak buah untuk melaksanakan arahan, kerana arahan itu datang dengan paksaan, tanpa penerimaan. Itulah impak kuasa tanpa pengaruh!

artikel ini telah dipetik dari www.iluvislam.com

Saturday, April 18, 2009

Tok Guru kini seorang blogger



Tok Guru Nik Aziz merupakan seorang pemimpin islam yang dikenali ramai, hampir 19 tahun memerintah negeri Kelantan, rekod kerjanya tidak pernah tercalar. Sumbangannya umpama kuntuman bunga yang mewangi ruang semesta.
Kini, Tuan Guru melangkah seiring dengan Pemimpin lain di Malaysia dimana baru-baru ini Tuan Guru telah mewujudkan sebuah blog persendirian untuk tatapan dan rujukan bagi sebarang kemuskilan. Yang menariknya tentang blog Tok Guru adalah penggunaan bahasanya, dimana Tok Guru menggunakan 2 tulisan iaitu tulisan Melayu dan tulisan Jawi. Ini secara tidak langsung dapat memartabatkan tulisan jawi di peringkat global.
Ini adalah link ke blog Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

tekan sini......http://www.blogtokguru.com


semoga dengan kewujudan blog ini akan memeriahkan lagi dunia 'blogosfera' di Malaysia.
Selamat ber'blog' kepada Tuan Guru.

video pilihan



Tuesday, April 14, 2009

pedihnya sebuah kebenaran


Kemusnahan JKPP adalah semuanya bermula apabila TNC meletakkan JKPP di bawah pentadbiran MPP dimana dlm kata yg lebih ringkas, JKPP skrg adalah dibawah naungan MPP dan Hepa, kerana itulah suara JKPP disekat dan dikawal.
Untuk pengetahuan anda semua, sebenarnya dulu Pentadbiran JKPP adalah berbeza dgn MPP dimana, MPP adalah satu badan dan JKPP adalah suatu badan lain. JKPP bergerak sendiri tanpa perlu membuat permohonan ke MPP.

kenapa JKPP diletakkan dibawah MPP??
Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana Hepa ingin menyekat suara pelajar. Hepa menganggap bahawa JKPP adalah merupakan suatu badan yang berpotensi untuk menjadi wahana kepada suara2 pihak pembangkang atau lebih dikenali sebagai Pro-mahasiswa ( pihak yang menjaga kebajikan mahasiswa). Itulah sebabnya hepa meletakkan JKPP dibawah pentadbiran MPP.

Kedua, sejak dari dahulu lagi siapa2 yang hendak menjadi MPP haruslah terlebih dahulu menjadi JKPP, rasionalnya adalah sebelum seseorang itu boleh menjaga sebuah Universiti, dia seharusnya mahir dalam pentadbiran yang lebih kecil iaitu kawasan hostel. Namun sejak beberapa tahun yang lepas, sistem ini telah berubah. MPP tidak semestinya JKPP.
Jika dibandingkan pentadbiran yang lama n baru, bagi saya tiada perubahan, sama-sama teruk, kecuali zaman pentadbiran abg rais( diakui oleh senior 4 year). Buktinya adalah kewujudan traffic light kat depan UMT, itu semua adalah berkat dan titik peluh pentadbiran abg Rais.
Mereka sanggup turun dan naik di kementerian untuk meluluskan traffic light kat depan 2. Dulu, kawasan itu merupakan kawasan hitam bagi student UMT ( dulunya KUSTEM) dimana banyak kemalangan yang meragut jiwa berlaku. Banyak student UMT yang terkorban. Alhamdulillah, berkat usaha mereka, kita yang merasa kesenangan nya sekarang. Adakah MPP sekarang sanggup buat itu semua?

MPP merupakan suatu tugas besar, bukan calang-calang orang boleh jadi MPP, Kalau setakat pandai cakap tanpa berusaha untuk mendapatkan, adalah suatu yang sia-sia. Percayalah, graf keberkesanan MPP mengalami kejatuhan secara mendadak. Buktinya jelas, anda boleh merujuk mana2 student UMT dan lakukan sedikit survey, berapa peratuskah pelajar yang betul2 kenal MPP mereka?? adakah mencapai 10 percent....anda yang tentukan.

Menjadi seorang wakil pelajar adalah suatu cita2 semua pelajar di Universiti, mana tidaknya, harga sekeping sijil MPP lebih mahal dari seratus sijil2 biasa, ditambah dengan nikmat2 sementara yang dikurniakan kepada anda, pasti tiada siapa yang menolak. (saya pon nak jadi MPP). Tapi ingat lah saudaraku sekalian, menjadi seorang MPP adalah umpama menjadi seorang pesalah ISA. Sebelah kakimu di jail, dan sebelah lagi di kampus. Itulah yang seharusnya berlaku. Adakah anda sanggup gadaikan diri anda demi sebuah tanggungjawab?. Saya bukan mengajak kamu kesana, hanya sekadar berkongsi percambahan buah fikiran.
renung-renungkan, selamat beramal.......


setiap kejayaan adalah bermula dengan niat, diselami dengan matlamat....puncak cita pasti menjelma, InsyaAllah

Sunday, April 05, 2009




SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN AKHIR
SEMESTER DISEMBER 2008/09

SEMOGA ANDA SEMUA BEROLEH KEJAYAAN
~ikhlas dari- abg jemey~

Friday, April 03, 2009

yang kurik itu kundi....................


Assalamualaikum, salam perjuangan diucapakn pada semua, perjuangan mencari sebuah pengertian hidup yang sebenar, mencari setitik keinsafan dalam telaga kesenangan.
bersyukur diucapkan pada semua kerana masih dapat menghirup udara segar pagi jumaat ini. Untuk pengetauan anda semua, minggu lepas saya kena demam yang teruk ( sampai 39.8 degree), dats y saya kurang menulis, alhamdulilah hari ini dah sihat, syukur sangat2.

Jutaan terima kasih diucapkan pada semua pelajar UMT kerana telah memberikan sokongan penuh dalm menjayakan program Earth HOur 2009, hanya tuhan yang mampu membalas semua jasa baik anda. Tahniah diucapkan pada semua kepimpinan Entech 2009, ur r da bezz man...!!
Banyak program2 entech yang dilaksanakan pada tahun ini telah mencapai kejayaan, antaranya ialah Bumi Hijau,UMt ban white coffin, Earth hour 2009 dan gotong royong di Kg, telaga batin.
Teruskan kecemerlangan Kelab Entech.

Kepada kelab pengakap, jika anda ingin dan berhasrat maju dan seiring dengan kelab-kelab ternama di umt, satu sahaja pesan abang, rebut segala peluang yang ada. Jadikan isu2 semasa yang umum (jangan politik sudah) sebagai wadah pergerakan kelab. Seiringkan program yang anda wujudkan dengan isu2 semasa. Pengakap merupakan pertubuhan dunia yang terbesar dan dikenali ramai, so jangan sempitkan kotak minda kita, cuba lakukan perubahan pada kelab. Mungkin abang x sumbangkan apa2 pada kelab pengakap pada sem ini, kerana sibuk dengan study dan assignment, n mugkin juga pada sem depan abang akan bangkit kembali, membawa perubahan pada scout umt, insyaallah.

Last but not least, Selamat Menempuh peperiksaan diucapakn kepada semua dak2 scout UMT especially member2 tahun 2, dak2 entech n dak2 UMT sendiri. Semoga anda berjaya dengan cemerlangnya, Ingat, kejayaan didunia hanya sementara, akhirat yang selamanya.

renung renungkan, selamat beramal.........




 

Odyssey Rover's Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Blogger Templates © 2008