Petang tadi, Kabinet telah meluluskan untuk memansuhkan PPSMI. Polisi yang telah diperkenalkan pada tahun 2003 itu telah memberikan impak yang besar terhadap situasi negara, sehingga isu telah dicanang oleh pihak pembangkang dan membawa kekalahan teruk kerajaan pada pilihan raya tahun lepas.
PPSMI ini telah mendapat banyak bantahan daripada banyak pihak, antaranya adalah NGO2 dan ahli sasterawan negara, Dato' A samad said.
Setelah hampir 6 tahun PPSMI diwujudkan, kerajaan akhirnya perlu akur dengan kehendak rakyat bahawa PPSMI sebenarnya membunuh bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda, ia boleh meruntuhkan lagi moral Bangsa melayu dan mungkin juga akan menggagalkan usaha Kerajaan untuk mewujudkan satu malaysia.Dr. M dlm blognya cukup menentang keras keputusan kerajaan tersebut, nemun seperti kata2 Najib, 'rakyat didahulukan, prestasi di utamakan", Dr'M tolak tepi.
Hasil kajian telah menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang menggunakan PPSMI mempunyai minat yang semakin kurang dalam mata pelajaran sains dan teknologi walaupun keputusan pepriksaan menunujukkan peningkatan 4%. Guru-guru juga mempunyai masalah yang cukup besar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Ini membuktikan bahawa PPSMI merupakan suatu kesilapan besar bagi pihak Kerajaan.
Pemansuhan PPSMImerupakan sebuah kemenangan rakyat, kemenangan dalam menegakkan kebenaran dan menghapuskan pembohongan. Tahniha kepada semua yang tekad untuk menjaga bahasa Melayu. Semoga Bahasa Melayu akan terus dihormati dan disanjung di masa hadapan.
Rentetan Peristiwa PPSMI
ulai 2002 - Mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
Januari 2003 - Dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah
Januari 2007 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah
Januari 2008 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah
Mac 2009 - Lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Ia didukung Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.
Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.
Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."
Mei 2009 - Kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus mencipta rekod sejarah budayawan menentang dasar kerajaan tersebut.
Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara."
Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."
Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.
2021 check in.
3 years ago
0 comments:
Post a Comment