Isu pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris merupakan suatu isu yang amat penting dan harus di amati oleh semua golongan, tidak kira yang berada atau pun tidak, ini adalah isu semua. Mana tidaknya, pembangunan bangsa Malaysia akan terjejas oleh tindakan penggunaan total BI dlm pengajaran sains dan matematik, tanpa sedikit pun diselitkan penggunaan bahasa ibunda. Tidak salah jika dikatakan bahawa PPSMI ini sebenarnya membunuh bahasa Melayu, bahasa pengantaraan Bangsa Malaysia. Apakah dengan penggunaan BI secara total akan merubah kehidupan rakyat Malaysia?? Adakah rakyat kita akan lebih berfikiran terbuka dan maju mengikut acuan kita sendiri.
Dewasa ini, kita dapat melihat bahawa penggunaan bahasa melayu dalam konteks komunikasi awam semakin hari menjadi semakin teruk, bahasa rojak berleluasa, sehinggakan ia menjadi satu 'trend' bagi remaja. Mengapa ini semua boleh berlaku, sedangkan kita mensasarkan wawasan 2020 dimana disaat itu Malaysia maju mengikut acuan sendiri, maksudnya tanpa sebarang peniruan atau cetak rompak dari luar. Maka, bagaimana kita hendak maju sekiranya kita mengikut acuan barat?? Sebagai contohnya, kita melihat kepada sistem peradaban bangsa Jepun. Mereka tetapkan bahawa kemajuan bangsa mereka hendaklah mengikut acuan sendiri, tidak pernah pun wujud dlm pentadbiran jepun tentang peniruan terhadap barat. Setiap sekolah di Jepun menggunakan hampir 100% bahasa ibunda mereka, segala ilmu yang di'tunas' ke minda anak-anak kecil melalui medium sendiri, iaitu bahasa ibunda mereka, sehinggakan bangsa jepun dianggap sebagai bangsa yang paling maju di dunia mengatasi bangsa barat. Jadi, mengapa kita mendewa-dewakan bangsa barat??
Memang tak dinafikan bahawa BI merupakan bahasa pertuturan dunia di masa ini, namun persoalannya sekarang adakah barat akan terus menguasai bahasa dunia. Mengikut kajian para penyelidik, menjelang 10 & 20 tahun lagi, sebuah bangsa baru akan mula bangkit. Apakah bangsa itu?? tidak lain dan tidak bukan ialah China, sebuah bangsa yang dahulunya ditindas oleh kroni-kroni barat. Sebagai bukti, cuba lihat dikalangan anda, siapakah yang paling maju kehadapan?? mendapat 4 flat dlm exam.....jawapannya A-melayu, B-Cina, C- India. Jika anda menjawab A, maksudnya anda 'perasan' dan tidak jujur. Sekiranya c jawapan anda...anda perlu banyak membaca. Sekarang jelas, memang sah Cina merupakan bangsa terpandai disaat ini. Calon-calon 4 flat juga dikalangan mereka. Persoalanya mengapa bangsa Melayu masih lagi mundur, adakah kerana sifat bangsa kita yang pemalas ataupun pemimpin kita sendiri yang memandang rendah pada kemampuan anak bangsanya. Adakah kerana itu PPSMI diwujudkan???
Persoalan yang masih dan akan terus menjadi tanda tanya.
Jika suatu hari nanti anak2 kamu bertanya tentang kemusnahan Melayu, jawablah bahawa Melayu hancur bukan kerana bahasanya, tapi kerana pemimpinnya.
0 comments:
Post a Comment