Tuesday, March 03, 2009

PSNZ vs AKASIA.............



semenjak pemilihan majlis perwakilan pelajar yang baru ini, banyak perubahan yang telah berlaku terhadap suasana di kawasan kampus. MPP yang rata2 nya merupakan wajah-wajah baru dan muda nampaknya begitu bersemangat untuk menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka. Tanggungjawab yang akan dipikul bukanlah sesuatu yang kecil dan ringan, namun memerlukan semangat yang kental dan jiwa yang hakiki.

Rata2 exco pada kali ini adalah dari pelajar tahun 2 dan setiap seorang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kepimpinan tak kira lah dari kelab sukan, kelab akedemik or kelab eksekutif UMT. Namun apa yang menarik tentang MPP sekarang adalah dasar yang dimainkan oleh para2 exco mereka. Para MPP sekarang dilihat lebih menjurus kepada perkara2 yang melibatkan kebudayaan dan kesenian, al maklumlah kebanyakan ahli MPP itu sendiri rata2 nya adalah terdiri daripada golongan "PRO-Akasia" iaitu mereka2 yang bergurukan kesenian dan kebudayaan.

Perubahan yang jelas dapat dilihat adalah pada Minggu MPP yang lepas. Pertama kali dalam sejarah UMT telah mengadakan konsert pada minggu MPP. Tahniah.........

Namun haruslah diingatkan bahawa, tugas utama MPP adalah untuk menjaga kebajikan dan keselesaan pelajar di kampus. nak berhibur pun boleh, tapi biarlah berpada-pada. Tak kisah berhibur, tapi biarlah seiring dengan penekanan terhadap kepentingan pelajar di kampus.
Contohnya dalam isu parking motor, Libry bising dan sebagainya. Seharusnya MPP memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah ini namun lain yang diharapkan, lain pula yang terjadi.

Oleh itu, setiap ahli exco MPP perlu membetulkan kembali mindset mereka, " kepentingan MPP adalah untuk menjaga hak majoriti, bukan minoriti". Jangan sekadar menjadi wakil hanya untuk mendapat nama dan gelaran namun tanggungjawab diabaikan. Sejarah silam telah banyak mengajar kita tentang kerakusan pihak MPP dalam melaksanakan tugas sehingga wujudnya berbagai2 isu. Jika perkara ini kita abaikan maka pisang mungkin akan berbuah dua kali.

Semoga apa yang dilontarkan disini mandapat perhatian dari pihak Majlis sendiri. Saya adalah seorang insan yang mengharap agar sejarah silam tidak kembali berlaku di bumi bertuah ini.
Apa yangbaik datang darinya dan apa yang buruk datang dari diri saya sendiri..

Mohon undurkan diri.

0 comments:

Post a Comment

 

Odyssey Rover's Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Blogger Templates © 2008