Sunday, March 22, 2009

UMT makin panazz....


Salam perpaduan buat semua. Terima kasih kerana anda masih terus terusan menyokong dan membantu odysseyrovers, semua pertolongan anda itu amat kami hargai.

Sejak kebelakangan ini, keadaan suasana sekitar kampus UMT kelihatan semakin panas dan 'hot'. Banyak perkara-perkara yang tidak seharusnya berlaku, telah berlaku kepada student disini.

Antara perkara yang berlaku adalah perubahan kawasan parking kenderaan pelajar, disebabkan itu maka timbulah berbagai-bagai isu yang lapuk dibangkitkan kembali. Antaranya pelajar-pelajar disini menyalahkan pihak MPP kerana sikap mereka yang terlalu mengikut jari telunjuk pihak Hepa. Mengapa perkara begini boleh berlaku?? Apakah MPP sudah hilang belangnya???

Kita tidak boleh nafikan bahawa semua Universiti di Malaysia mengalami nasib yang sama seperti di UMT. Apa yang berlaku di UMT sekarang adalah pengulangan kepada sejarah yang pernah berlaku di UM dan Universiti lain di malaysia. Itu adalah teori sejarah yang mengatakan bahawa sesuatu tamadun itu akan mengalami proses perubahan sehingga peringkat tertinggi dan bila sampai satu tahap, tamadun itu akan hancur dan hilang ditelan zaman. Begitulah juga nasibnya kepada institusi Kampus dimana, setiap universiti akan mengalami nasib yang sama, ini adalah teori yang tidak boleh disangkal lagi.

MPP merupakan sebuah badan perwakilan pelajar, bertujuan untuk menjaga kepentingan pihak pelajar. Jika perkara ini diabaikan, maka wujudlah suatu suara baru dimana suara inilah yang akan menjaga kepentingan dan kebajikan pelajar. Suara kebebasan akanmula kedengaran di setiap ceruk dan pelusuk kampus. Namun, kita tidak boleh menyalahkan MPP secara total kerana MPP mempunyai bidang tugas yang amat besar dan berat sekali, itulah mengapa bukan calang2 orang yang boleh mimimpin organisasi pelajar, bayangkan jumlah pelajar hampir mencapai 5000 orang dan pihak MPP hanya 20 orang, atau 1: 250.

Tidak boleh dinafikan bahawa kebanyakan maslah yang berlaku adlah kerana lemahnya kepimpinan MPP sekarang. Antara masalah yang timbula seperti masalah parking kenderaan student, masalah pintu pagar dikunci dan masalah foyer FST yang kotor. Disini deselitkan beberapa komen dan idea bernas yang ambil dari sumber2 yang boleh dipercayai

Pelajar 1
"PINTU PAGAR KECIL DI ASRAMA TOK TEMBAL AKAN DIKUNCI BERKUATKUASA MULAI AHAD 15 MAC 2009. PERKHIDMATAN VAN KUNING AKAN BEROPERASI DI PINTU PAGAR DEPAN B2. ARAHAN DIKELUARKAN OLEH PIHAK ATASAN UMT /PROF MAJID"

Ok. dari maklumat yg ak dapat ni, ak rasa korang leh pikir apa sebenarnya yang terjadi dalam beberapa minggu ni kan.?

Adakah ia 1 konspirasi yg dirancang??

Tapi apa yang penting, kes tampal menampal yg hentam MPP DAN JKPP, ak yg buat. sebab ak terlampau marah dan arahan menutup pagar kecil tu, SUNGGUH TIADA LOGIKA.

Ak kalau tak puas hati, ak akan zahirkan kata2 ak. alhamdulillah lepas ak wat kecoh malam tu, MPP serbu pintu pagar tu cari ak. huhu... best wo!

jangan ingat ak pompuan ak takleh wat macam2. NI SHIRIN OK!! JANGAN PANDANG SEBELAH MATA DENGAN AKU


Pelajar 2

Salam..aku pn nk bagi respon...MMG MPP kene berperanan dlm hal nh...bukan hanya fokus kpd kebudayaan shj...sepatutnya...MPP yg bertanding dalam tiket FAKULTI yg main peranan...mane korg????nh Mesti MPP tak buat lawatan PTJ kat FST...korg kne pg jumpe direct ngn dekan dan ajukan segala masalah2 yg ada kt UMT...xkan tu pon nk ajar kot...kate MPP....agi 1...aku pon geram dgn sikap pelajar UMT sendiri...dah mcm dak skolah rendah...minum pon leh tumpah...mkn x reti nk buang...bsepah sampah sana cnh....erm..PATUT rr KOt UMT berada di Tangga ke 16 dlm MQA...mentaliti pelajarnya sgt2 rendah...ak ckp as a senior..k...fikir2kanlah...

Pelajar 3

SALAM...

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YG COMMENT.SAYA HARAP SEGALA YANG DIUTARAKAN DAPAT DISELESAIKAN OLEH PIHAK YANG BERWAJIB TERUTAMANYA MPP DAN HEPA.CUMA YANG "ANA" NAK BAGITAU KITA SEMUA PERLU BERSATU.HAK KITA SEBAGAI PELAJAR KENA KITA TAHU.BUKAN HANYA DUDUK DI BILIK DAN CAKAP-CAKAP..SAMPAI BILA X JADI..LAGI 1 KITA DUK DIAM NI BKN BERMAKNA KITA NI TUNGGUL KAYU..JIKA KITA BERSATU..BARU LA "MEREKA2" NI SEDAR!!!

ORANG ATASAN,ANDA JANGAN INGAT KAMI NI SENYAP BERMAKNA KAMI IKUT SEMUA TELUNJUK KAMU...ADA PERKARA YANG KAMU PERLU PIKIR SEBELUM BUAT SESUATU..KAMI BKN SPT UUM,UKM,USM,UM YANG KUAT MELANTANG SUARA..BUKAN JUGA SPT BDK SEKOLAH YANG HANYA DENGAR ARAHAN DARIPADA GURU..KAMI ADA HAK KAMI..DAN SETIAP HAK KAMI AKAN DIPERSOAL KAN NANTI..ANTUM2 PK KAN LAH..LEPAS DI SINI X BERMAKNA LEPAS SELAMANYA..AKAN TIBA MASANYA "DIA" AKAN MEMBALASNYA..

"MOGA APA YANG DI UTARAKAN DI DENGAR DAN DIA PK2KAN BERSAMA"

MOGA ALLAH MELINDUNGI DAN MERAHMATI KITA SEMUA...AMIN..



Apabila dilihat dari ketiga-tiga pelajar terbabit, kita boleh membuat penelitian bahawa sebenarnya MPP perlu sedar tentang tugas dan tanggungjawab mereka. Janganlah asyik sibuk dengan Musikal sahaja sehingga hak pelajar terabai. Kepada Pihak Hepa, bertimbang rasalah terhadap kebajikan pelajar anda, tiada guna nya anda mendera pelajar sebegini. Jangan kerana nyamuk seekor, habis bakar satu kelambu. Carilah jalan penyelesaian yang sebaiknya.

APA PON KITA KENA SABAR DAN TAWAKKAL, BERFIKIR SEBAGAI SEORANG PELAJAR


Sekaian sahaja dari wadah minda merdeka.

0 comments:

Post a Comment

 

Odyssey Rover's Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Blogger Templates © 2008