Saturday, April 18, 2009

Tok Guru kini seorang blogger



Tok Guru Nik Aziz merupakan seorang pemimpin islam yang dikenali ramai, hampir 19 tahun memerintah negeri Kelantan, rekod kerjanya tidak pernah tercalar. Sumbangannya umpama kuntuman bunga yang mewangi ruang semesta.
Kini, Tuan Guru melangkah seiring dengan Pemimpin lain di Malaysia dimana baru-baru ini Tuan Guru telah mewujudkan sebuah blog persendirian untuk tatapan dan rujukan bagi sebarang kemuskilan. Yang menariknya tentang blog Tok Guru adalah penggunaan bahasanya, dimana Tok Guru menggunakan 2 tulisan iaitu tulisan Melayu dan tulisan Jawi. Ini secara tidak langsung dapat memartabatkan tulisan jawi di peringkat global.
Ini adalah link ke blog Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

tekan sini......http://www.blogtokguru.com


semoga dengan kewujudan blog ini akan memeriahkan lagi dunia 'blogosfera' di Malaysia.
Selamat ber'blog' kepada Tuan Guru.

video pilihan



Tuesday, April 14, 2009

pedihnya sebuah kebenaran


Kemusnahan JKPP adalah semuanya bermula apabila TNC meletakkan JKPP di bawah pentadbiran MPP dimana dlm kata yg lebih ringkas, JKPP skrg adalah dibawah naungan MPP dan Hepa, kerana itulah suara JKPP disekat dan dikawal.
Untuk pengetahuan anda semua, sebenarnya dulu Pentadbiran JKPP adalah berbeza dgn MPP dimana, MPP adalah satu badan dan JKPP adalah suatu badan lain. JKPP bergerak sendiri tanpa perlu membuat permohonan ke MPP.

kenapa JKPP diletakkan dibawah MPP??
Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana Hepa ingin menyekat suara pelajar. Hepa menganggap bahawa JKPP adalah merupakan suatu badan yang berpotensi untuk menjadi wahana kepada suara2 pihak pembangkang atau lebih dikenali sebagai Pro-mahasiswa ( pihak yang menjaga kebajikan mahasiswa). Itulah sebabnya hepa meletakkan JKPP dibawah pentadbiran MPP.

Kedua, sejak dari dahulu lagi siapa2 yang hendak menjadi MPP haruslah terlebih dahulu menjadi JKPP, rasionalnya adalah sebelum seseorang itu boleh menjaga sebuah Universiti, dia seharusnya mahir dalam pentadbiran yang lebih kecil iaitu kawasan hostel. Namun sejak beberapa tahun yang lepas, sistem ini telah berubah. MPP tidak semestinya JKPP.
Jika dibandingkan pentadbiran yang lama n baru, bagi saya tiada perubahan, sama-sama teruk, kecuali zaman pentadbiran abg rais( diakui oleh senior 4 year). Buktinya adalah kewujudan traffic light kat depan UMT, itu semua adalah berkat dan titik peluh pentadbiran abg Rais.
Mereka sanggup turun dan naik di kementerian untuk meluluskan traffic light kat depan 2. Dulu, kawasan itu merupakan kawasan hitam bagi student UMT ( dulunya KUSTEM) dimana banyak kemalangan yang meragut jiwa berlaku. Banyak student UMT yang terkorban. Alhamdulillah, berkat usaha mereka, kita yang merasa kesenangan nya sekarang. Adakah MPP sekarang sanggup buat itu semua?

MPP merupakan suatu tugas besar, bukan calang-calang orang boleh jadi MPP, Kalau setakat pandai cakap tanpa berusaha untuk mendapatkan, adalah suatu yang sia-sia. Percayalah, graf keberkesanan MPP mengalami kejatuhan secara mendadak. Buktinya jelas, anda boleh merujuk mana2 student UMT dan lakukan sedikit survey, berapa peratuskah pelajar yang betul2 kenal MPP mereka?? adakah mencapai 10 percent....anda yang tentukan.

Menjadi seorang wakil pelajar adalah suatu cita2 semua pelajar di Universiti, mana tidaknya, harga sekeping sijil MPP lebih mahal dari seratus sijil2 biasa, ditambah dengan nikmat2 sementara yang dikurniakan kepada anda, pasti tiada siapa yang menolak. (saya pon nak jadi MPP). Tapi ingat lah saudaraku sekalian, menjadi seorang MPP adalah umpama menjadi seorang pesalah ISA. Sebelah kakimu di jail, dan sebelah lagi di kampus. Itulah yang seharusnya berlaku. Adakah anda sanggup gadaikan diri anda demi sebuah tanggungjawab?. Saya bukan mengajak kamu kesana, hanya sekadar berkongsi percambahan buah fikiran.
renung-renungkan, selamat beramal.......


setiap kejayaan adalah bermula dengan niat, diselami dengan matlamat....puncak cita pasti menjelma, InsyaAllah

Sunday, April 05, 2009




SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN AKHIR
SEMESTER DISEMBER 2008/09

SEMOGA ANDA SEMUA BEROLEH KEJAYAAN
~ikhlas dari- abg jemey~

Friday, April 03, 2009

yang kurik itu kundi....................


Assalamualaikum, salam perjuangan diucapakn pada semua, perjuangan mencari sebuah pengertian hidup yang sebenar, mencari setitik keinsafan dalam telaga kesenangan.
bersyukur diucapkan pada semua kerana masih dapat menghirup udara segar pagi jumaat ini. Untuk pengetauan anda semua, minggu lepas saya kena demam yang teruk ( sampai 39.8 degree), dats y saya kurang menulis, alhamdulilah hari ini dah sihat, syukur sangat2.

Jutaan terima kasih diucapkan pada semua pelajar UMT kerana telah memberikan sokongan penuh dalm menjayakan program Earth HOur 2009, hanya tuhan yang mampu membalas semua jasa baik anda. Tahniah diucapkan pada semua kepimpinan Entech 2009, ur r da bezz man...!!
Banyak program2 entech yang dilaksanakan pada tahun ini telah mencapai kejayaan, antaranya ialah Bumi Hijau,UMt ban white coffin, Earth hour 2009 dan gotong royong di Kg, telaga batin.
Teruskan kecemerlangan Kelab Entech.

Kepada kelab pengakap, jika anda ingin dan berhasrat maju dan seiring dengan kelab-kelab ternama di umt, satu sahaja pesan abang, rebut segala peluang yang ada. Jadikan isu2 semasa yang umum (jangan politik sudah) sebagai wadah pergerakan kelab. Seiringkan program yang anda wujudkan dengan isu2 semasa. Pengakap merupakan pertubuhan dunia yang terbesar dan dikenali ramai, so jangan sempitkan kotak minda kita, cuba lakukan perubahan pada kelab. Mungkin abang x sumbangkan apa2 pada kelab pengakap pada sem ini, kerana sibuk dengan study dan assignment, n mugkin juga pada sem depan abang akan bangkit kembali, membawa perubahan pada scout umt, insyaallah.

Last but not least, Selamat Menempuh peperiksaan diucapakn kepada semua dak2 scout UMT especially member2 tahun 2, dak2 entech n dak2 UMT sendiri. Semoga anda berjaya dengan cemerlangnya, Ingat, kejayaan didunia hanya sementara, akhirat yang selamanya.

renung renungkan, selamat beramal.........




 

Odyssey Rover's Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Blogger Templates © 2008