Friday, October 31, 2008

EXAM...


Tuesday, October 21, 2008

Scout UMT ke Rover Moot di Thailand


Rover Scouts Help Reduce Global Warming"

Pengakap Umt akan bersama-sama dengan pengakap dari negara di sekitar Malaysia untuk menghadiri Rover Moot Pengakap kelana di Thailand. Butir-butir tentang rover moot adalah seperti berikut:

Tarikh
: 22nd October - 26th October, 2008
Tempat
: Development Centre for Student and Personal,
Tanodluang, District of Cha-am, Petchaburi Province, Thailand.
Peserta
:Rovers Scout Master and Rovers
Yuran
:USD 100.00

Pelajar-pelajar yang telah terpilih adalah:

1-Maisarah bt. Mohammad
2-Nabilah bt. Rozzani
3-Tuan Mohd Ridhuan b. Tuan Abd. Aziz
4-Muhamad hadi b. Ahmad Fauzi
5-En. Adli b. Mahamad Ishak

Tahniah kepada semua yang telah terpilih. Teruskan usaha anda untuk berpengakap dan lakukan sesuatu yang positif untuk pengakap kita....
Selangkah kita hari ini, akan membawa kita sejuta langkah kehadapan.

-Odyssey rovers-
discover the spirits of blue ocean

Sunday, October 12, 2008

Sejarah Pengakap Kelana...




Pengakap Kelana telah diwujudkan kerana terdapat permintaan untuk penubuhannya oleh para belia. Sebenarnya, Pengakap bermula sebagai persediaan pengalaman dalam latihan kepimpinan dan sebagai inisiatif oleh Lord Baden-Powell (BP) untuk Pengakap darat di India dan Afrika semasa zaman perang.

Selepas melalui Perang Boer di Afrika Selatan, BP telah menulis semula buku panduan latihan melalui pengalamannya untuk kanak-kanak lelaki dan bercadang untuk menggunakannya dalam organisasi yang wujud seperti Boys Brigade. Untuk menguji penyampaian idea di dalam buku tersebut, BP telah mengadakan satu perkhemahan percubaan bersama 20 orang kanak-kanak lelaki di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907. Perkhemahan tersebut telah membuahkan kejayaan dan dipertimbangkan untuk menjadi permulaan kepada kegiatan berpengakap.

Buku panduan tersebut, yang kini bertajuk Scouting for Boys telah diterbitkan pertama kalinya pada bulan Januari 1908. Buku tersebut mendapat sambutan daripada sebahagian kanak-kanak lelaki serta sebilangan kecil kanak-kanak perempuan dan dengan segera meletakkan idea BP sebagai sesuatuyang amat praktikal dan sangat wajar. Mereka membentuk patrol mereka sendiridan kemudian menyedari keperluan bantuan daripada golongan dewasa, lalumelantik ketua sendiri daripada kalangan dewasa. Pergerakan Pengakap berkembang dengan cepat dari Britain ke negara-negara lain. Pengakap telah diwujudkan di Malaysia pada tahun 1910, dua tahun selepas ia diasaskan di Britain. Pasukan Pengakap pertama, ditubuhkan di Singapura pada tahun 1910 oleh seorang rakyat Inggeris yang bernama Frank Cooper Sands. Bermula dari situ, pergerakan Pengakap berkembang ke Semenanjung Tanah Melayu.

Pada hari ini, pergerakan Pengakap telah kekal dan melebihi 200 buah negara di dunia dengan keahlian melebihi 28 juta orang. Tahun 1990 melihatkan kemunculan Pengakap di kebanyakan negara Eropah Timur selepas terdapat jurang selama 40 tahun, sekali lagi Pengakap memaparkan Pengakap sebagai gerakan antarabangsa seluruh dunia. Pengakap lama yang ingin terlibat semula dalam kegiatan-kegiatan Pengakap telah mencadangkan supaya ditubuhkan satu kumpulan bagi ahli dewasa yang bersesuaian dengan minat dan kebolehan mereka. Pada tahun 1917, Pengakap Kelana dengan rasminya dilancarkan di United Kingdom dengan nama Pengakap Dewasa. Walau bagaimanapun, pada tahun 1918, nama ini telah ditukar menjadi Pengakap Kelana.

Pada tahun 1922, BP telah menulis dan menerbitkan sebuah buku panduan untuk bahagian Pengakap Kelana yang diberi nama, Rovering to Success. Di dalamnya, beliau membentangkan tujuan dan matlamat Pengakap Kelana dan menggambarkan jalan ke arah kehidupan yang dilihat beliau sebagai panduan untuk pemuda-pemuda mengikuti keadaan semasa.

Pada tahun 1931, Perkhemahan Kelana Sedunia (World Rover Scout Moot) yang pertama telah diadakan di Kandersteg, Switzerland. Perkhemahan ini telah dihadiri oleh 3000 ahli Pengakap Kelana dan keputusan dalam penerimaan Pengakap Kelana sebagai pergerakan seluruh dunia telah dicapai semasa perkhemahan ini. Tahun 1975 memperlihatkan pembangunan yang pesat dalam Pengakap Kelana apabila keahlian dibuka kepada wanita muda di Malaysia. Ini telah diikuti dengan keputusan yang sama bagi bahagian Pengakap Remaja dan disambung kepada bahagian Pengakap Muda dan bahagian Pengakap Kanak-kanak.


dipetik dari http://ayubtulakang.multiply.com/journal

Apakah Pengakap Kelana???


Pengakap Kelana ialah kumpulan Pengakap bahagian dewasa di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia, terbuka kepada belia yang berusia di antara umur 17 ½ tahun hingga 25 tahun. Pengakap Kelana memberikan keseronokan, mewujudkan persahabatan dan menawarkan aktiviti yang menarik kepada semua belia yang menyertainya. Aktiviti-aktiviti Pengakap Kelana dijalankan bersama ahli-ahli yang mempunyai persefahaman dan aktif di dalam satu kumpulan yang dinamakan sebagai Krew Pengakap Kelana.

Program Latihan Pengakap Kelana menawarkan aktiviti dan keseronokan di serata dunia daripada segi cabaran fizikal dan mental. Ia juga memberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat luar serta menyediakan peluang untuk melancong di dalam Malaysia dan juga ke luar negara. Ahli-ahli Krew Pengakap Kelana akan diberi tugas untuk menguruskan Krew sendiri dan memastikan program Pengakap Latihan Pengakap Kelana dilaksanakan. Menyertai Krew Pengakap Kelana adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup anda. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan.

Segalanya terletak di tangan anda.

Program Latihan Pengakap Kelana adalah berasaskan kepada beberapa aktiviti utama seperti berikut:

» Perkhidmatan

» Sosial

» Cabaran luar

» Aktiviti mental

» Semangat

Krew Pengakap Kelana boleh mengadakan program sendiri yang boleh dipelbagaikan mengikut minat dan idea ahli-ahli kumpulan. Pengurusan dalaman Krew Pengakap Kelana adalah terletak di tangan ahli-ahli krew. Pelantikan pihak Krew atasan adalah di bawah pemilihan ahli Pengakap Kelana yang menguruskan hubungan antara Krew Pengakap Kelana dengan bantuan dan bimbingan daripada Penasihat Pengakap Kelana.

dipetik dari http://ayubtulakang.multiply.com/journal

Saturday, October 11, 2008

World Food Day 2008



On October 16, 1945, the Food and Agriculture Organization (FAO) of the United Nations (UN) was founded. The aim of this organization is to lead international efforts to defeat hunger, supply information and act as a neutral forum for negotiation and debate around hunger and food supply. Each year World Food Day marks the anniversary of the founding of this organization and concentrates on a particular theme. In 2008 the event's theme is “World Food Security: the Challenges of Climate Change and Bioenergy”.

Many events are organized on and around World Food Day. On and around October 16, a wide-ranging program is organized at the FAO's headquarters in Rome, Italy. The program is aimed at leaders of political and non-political organizations at all levels and at increasing press attention on topical issues around food supply. Other UN organizations and universities around the world organize symposia, conferences, workshops and presentations of particular issues around food production, distribution and security. In addition, special initiatives, such as the “International Year of Rice” in 2004 and the “International Year of the Potato” in 2008 are launched.

Across the globe, many different events are organized to raise awareness of problems in food supply and distribution and to raise money to support projects to aid in the cultivation of food plants and the distribution of food. An example of this is TeleFood, which funds micro projects to help small-scale farmers at the grassroots level. The projects aim to help farmers be more productive and improve both local communities' access to food and farmers' cash income. Fundraising events include: sponsored sports events and fasting sessions; charity auctions; concerts; dinners; galas; and marches.

Scouts- creating a better world

Thursday, October 09, 2008

Pengakap Johan Kelab Terbaik 2007/2008


Wednesday, October 08, 2008

Jamboree Pengakap MRSM 08


MAKUMAT 2008


MAKUMAT 2008
(Malam Anugerah Kelab-Kelab 2008)

Jemputan untuk menghadiri Malam Anugerah Kelab-kelab UMT. Butir-butir keterangan tentang majlis tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh: 8 Oktober 2008 (rabu)
Masa: 8.00 - 11.00 malam
Tempat: Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu.
Anjuran: Majlis Perwakilan Pelajar UMT dengan kerjasama
Unit Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT.

*pakaian adalah bebas dan mesti bersesuaian dengan tema"malam menuju puncak kegemilangan"
*terbuka hanya kepada semua pelajar dan staf UMT.


Sunday, October 05, 2008

Lambang Pengakap Seluruh Dunia



Lambang Pengakap Dunia



*warna putih melambangkan warna kesucian bagi pengakap

Lambang Pengakap Malaysia



*warna kuning melambangkan DYMM Yang Dipertuan Agong
*warna hijau melambangkan unit pengakap kanak-kanak
*warna kuning melambangkan unit pengakap muda
*warna biru melambangkan unit pengakap remaja

Lambang pengakap Malaysia dan Pengertiannya

Minda pengarang 3...


Assalamualaikum dan salam pengakap....
Rasanya masih belum terlambat untuk nako mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429 H.

Setelah hampir dua minggu nako bercuti, kini saya kembali ke alam maya, untuk sama-sama anda semua membangunkan wadah Odyssey Rovers. Perjuangan Odyssey Rovers bukanlah hanya tertumpu di dalam kawasan kampus universiti sahaja, namun meliputi seluruh dunia. Inilah yang dipanggil sebagai perjuangan masih belum selesai. Perjuangan kita masih belum pasti lagi penamat nya kerana 'permainan' baru sahaja bermula. Nako suka sangat mengaitkan pengakap dengan semangat kerana, semangatlah yang menjadi tunjang kepada bangkit bangunnya sesebuah bangsa. Kerana semangatlah kita mampu berada pada tahap ini. Sebuah negara bangsa Malaysia yang aman dan selamat untuk semua jenis bangsa. Dan kerana semangatlah nako masih berdiri disini, untuk menegakkan wadah kepengakapan untuk sejagat. Kita semua adalah pengakap dan seorang pengakap itu adalah seseorang yang mulia selagi mana dia memegang undang-undang pengakap yang sepuluh itu. Dalam kita melayari hidup ini, kita harus tekankan tentang semangat persaudaraan antara kita kerana semangat persaudaraan yang utuh amat penting bagi mengekalkan kelangsungan hidup sesebuah organisasi. Kita semua adalah saudara dan kita adalah kita. Sebuah badan kelab yang kian bangkit. Buktikan bahawa "odyssey rovers is the best".
Hari raya baru sahaja berakhir dan cuti pun kian beransur mengundurkan diri. Jadi, bermulalah kembali ingatan tentang tugasan yang masih belum selesai. Assignment, homework dan macam2 lagi adalah lumrah kehidupan seseorang penuntut universiti. Namun janganlah kita memandang enteng terhadap semua tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Ini kerana pengakap sejati adalah seorang yang menurut perintah dan 'always do the best'. By the way, exam pun sudah hampir dekat, hanya tinggal lebih kurang 1 bulan 1/2 lagi. Pengakap-pengakap juga, tetapi exam pon kena jaga gak...hehehe, selamat berjaya...

Baru-baru niy odyssey rovers telah dijemput untuk mengajar ilmu-ilmu pengakap di MRSM Kuala Terengganu. Ini adalah untuk menyediakan semua ahli pengakap di MRSM KT tentang ilmu pengakap untuk persediaan ke Jambori Pengakap MRSM ke 18 di Jeli, Kelantan. Tarikh jambori adalah dari 16-19 oktober 2008. Pengahantaran wakil pengakap umt ke sana masih lagi dalam perbincangan dan kalau tidak ada aral yang melintang, kita akan bersama-sama dengan pengakap MRSM KT ke Jambori Pengakap di Jeli. Tak sabar rasanya untuk kesana, merasa wadah sebenar kepengakapan.

Odyssey rovers- "the first step to the better future"

Akhir kata dari nak0, selamat kembali kepada semua ahli odyssey rovers yang telah bercuti, dan jom lah kita bersama-sama membangunkan kembali kelab pengakap kita. Biarkan semangat kepengakapan dalam diri kita terus terbakar dan menyinari alam maya. Semoga jasa dan bakti kita akan membuahkan hasil yang bisa dikenang hingga ke akhir waktu......

Selamat Maju Jaya....Odyssey rovers-discover the spirit's of blue ocean

Saturday, October 04, 2008

Salam Aidilfitri...



Get Hari Raya Graphics Here





SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

dr nak0 sekelurga......he3

Salam Pengakap
 

Odyssey Rover's Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Blogger Templates © 2008