Thursday, August 06, 2009

latest from me...


salam, hari ini aku dh menjankau ke dunia baru. Dunia yang penuh dengan cita-cita dan harapan. Dunia seorang pelajar Universiti yang penuh dengan matlamat dan tujuan. Beberapa jam yang lepas aku sudah berjaya siapkan paper work aku yang kedua yang bertajuk 'Seluhur Ramadhan'.
Program yang aku sendiri rancang. Program yang bagi aku tidaklah sebesar mana, tapi mungkin penuh dengan harapan dan pengertian pertama aku ke arah mahasiswa berilmu dan sedar.

Latar belakang Program
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang suci bagi umat Islam, kerana pada bulan ini umat Islam di seluruh dunia akan menjalani ibadah puasa. Ia menuntut kita supaya patuh kepada arahan tuhan dan menjauhi laranganNya. Ketika inilah akal dan nafsu kita diuji. Namun, dalam kehangatan kita menghadapi bulan Ramadhan, masih ada lagi golongan yang kurang bernasib baik. Atas kesedaran inilah, Persatuan Pengakap Laut Kelanasiswa UMT mengambil inisiatif untuk mengadakan Program ‘Seluhur Ramadhan’. Program ini merupakan sebuah program kebajikan yang telah dirancang secara rapi oleh Persatuan Pengakap, ia bertujuan untuk membantu golongan miskin dalam menghadapi ujian di bulan Ramadhan. Program seumpama ini sesungguhnya penting untuk memberi kesedaran pada mahasiswa/i tentang pentingnya semangat persaudaraan dalam Islam. Ia juga dapat memberi peluang pada mahasiswa/i untuk menyelami penat jerih kehidupan golongan yang kurang berada selain melatih jiwa mahasiswa/i supaya menjadi pelajar yang cakna akan isu sekeliling (dlm paper work).
itulah dia sedikit sebanyak latar belakang program ini. Program ini adalah sebenarnya sebuah program kebajikan bertujuan untuk membantu golongan miskin yang hidup didalam kesempitan dibulan ramadhan. seperti kata pepatah, kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Program ini melibatkan sebah keluarga yang miskin yang menetap di Kg Gong Pok Jin ( x jauh dr UMT ) yang pada suatu masa dahulu penah masuk kedalam TV3 kerana kesusahan hidup mereka. Kalau orang lain boleh buat, kenapa kita tidak?? Oleh kerana itulah aku sedar akan perkara ini, dan aku bertekad untuk mewujudkan program seumpama ini dalam kelab pengakap. Mungkin program ini nampak janggal sedikit namun aku pasti dengan bantuan dari ajk2 yang telah aku pilih dgn teliti, nescaya program ini akan berjaya mencapai matlamatnya. insyallah.

* beberapa program lagi bakal menyusul....

0 comments:

Post a Comment

 

Odyssey Rover's Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Blogger Templates © 2008