Saturday, March 28, 2009

we love our earth........


SELAMAT MENYAMBUT EARTH HOUR 2009
SEMOGA APA YANG KITA LAKSANAKAN PADA HARI INI AKAN MEMBAWA KESEJAHTERAAN SEJAGAT
TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG MENYOKONG
EARTH HOUR 2009

Thursday, March 26, 2009


Sign up for Earth Hour

Tuesday, March 24, 2009

Video Pilihan....


Monday, March 23, 2009

PPSMI- sebuah coretan



Isu pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris merupakan suatu isu yang amat penting dan harus di amati oleh semua golongan, tidak kira yang berada atau pun tidak, ini adalah isu semua. Mana tidaknya, pembangunan bangsa Malaysia akan terjejas oleh tindakan penggunaan total BI dlm pengajaran sains dan matematik, tanpa sedikit pun diselitkan penggunaan bahasa ibunda. Tidak salah jika dikatakan bahawa PPSMI ini sebenarnya membunuh bahasa Melayu, bahasa pengantaraan Bangsa Malaysia. Apakah dengan penggunaan BI secara total akan merubah kehidupan rakyat Malaysia?? Adakah rakyat kita akan lebih berfikiran terbuka dan maju mengikut acuan kita sendiri.

Dewasa ini, kita dapat melihat bahawa penggunaan bahasa melayu dalam konteks komunikasi awam semakin hari menjadi semakin teruk, bahasa rojak berleluasa, sehinggakan ia menjadi satu 'trend' bagi remaja. Mengapa ini semua boleh berlaku, sedangkan kita mensasarkan wawasan 2020 dimana disaat itu Malaysia maju mengikut acuan sendiri, maksudnya tanpa sebarang peniruan atau cetak rompak dari luar. Maka, bagaimana kita hendak maju sekiranya kita mengikut acuan barat??
Sebagai contohnya, kita melihat kepada sistem peradaban bangsa Jepun. Mereka tetapkan bahawa kemajuan bangsa mereka hendaklah mengikut acuan sendiri, tidak pernah pun wujud dlm pentadbiran jepun tentang peniruan terhadap barat. Setiap sekolah di Jepun menggunakan hampir 100% bahasa ibunda mereka, segala ilmu yang di'tunas' ke minda anak-anak kecil melalui medium sendiri, iaitu bahasa ibunda mereka, sehinggakan bangsa jepun dianggap sebagai bangsa yang paling maju di dunia mengatasi bangsa barat. Jadi, mengapa kita mendewa-dewakan bangsa barat??

Memang tak dinafikan bahawa BI merupakan bahasa pertuturan dunia di masa ini, namun persoalannya sekarang adakah barat akan terus menguasai bahasa dunia. Mengikut kajian para penyelidik, menjelang 10 & 20 tahun lagi, sebuah bangsa baru akan mula bangkit. Apakah bangsa itu?? tidak lain dan tidak bukan ialah China, sebuah bangsa yang dahulunya ditindas oleh kroni-kroni barat. Sebagai bukti, cuba lihat dikalangan anda, siapakah yang paling maju kehadapan?? mendapat 4 flat dlm exam.....jawapannya A-melayu, B-Cina, C- India
. Jika anda menjawab A, maksudnya anda 'perasan' dan tidak jujur. Sekiranya c jawapan anda...anda perlu banyak membaca. Sekarang jelas, memang sah Cina merupakan bangsa terpandai disaat ini. Calon-calon 4 flat juga dikalangan mereka. Persoalanya mengapa bangsa Melayu masih lagi mundur, adakah kerana sifat bangsa kita yang pemalas ataupun pemimpin kita sendiri yang memandang rendah pada kemampuan anak bangsanya. Adakah kerana itu PPSMI diwujudkan???
Persoalan yang masih dan akan terus menjadi tanda tanya.

Jika suatu hari nanti anak2 kamu bertanya tentang kemusnahan Melayu, jawablah bahawa Melayu hancur bukan kerana bahasanya, tapi kerana pemimpinnya.

buat student UMT


hanya satu kalimah yang bisa aku lontarkan, teruskan lah kesabaran anda, sesungguhnya apa yang telah berlaku telah ditentukan sejak azali lagi oleh Ilahi.
Setiap yang telah berlaku ada hikmahnya, semua ini adalah ujian dari tuhan. Ujian untuk menguji tahap kesabaran manusia. Juga ujian untuk mencari siapa yang paling bersabar antara yang sabar.

Kepada Pihak MPP, setiap yang anda lakukan ada natijahnya. Beza nya hanyalah samada natijah itu baik or buruk, jika baik tidak apa, namun jika buruk anda tahu apa yang hendak dilakukan. Jangan penat untuk berusaha kearah kebaikan, biarpon seribu onak mendatang.


Kepada pihak2 yang berani bersuara, kenapa anda harus bertindak secara membuta tuli?? Sedangkan kita mempunyai satu sistem yang cukup 'perfect' di UMT. Jangan kita salahkan sesetengah pihak sahaja tanpa membuat kajian yang lebih terperinci. MPP harus main peranan dan sedar akan isu2 semasa yang dibawa oleh pelajar. Perlu buat satu 'survey' tentang permasalahan yang dihadapi oleh pelajar. Sebenarnya banyak sangat masalah yang masih bertimbun di meja MPP, so pandai-pandai lah pihak anda untuk menyelesaikannya satu per satu.

Ini hanyalah sedikit sahaja pendapat dari saya, sekadar bingkisan hati nurani. Semoga apa yang telah berlaku pada hari-hari yang lepas tidak berulang.

*aku bukan wakil MPP or HEPA or FAKULTI or ape2 jer.....
setakat berkongsi pendapat nan lara.

Jam Untuk dijual


MODEL RADO

RM 45.00 shj

* kaler itam, mmg sesuai untuk dijadikan hadiah buat si tersayang
* jadikan hari2 si dia indah bersama utas2 jam yang unggul dan bergaya






MODEL ROLEX

RM 30.00 shj

*kaler keemasan, kualiti memang 'tip top' dan masih baik








MODEL ROLEX

RM 30.00 shj

* sesuai dijadikan hadiah buat si dia sempena hari jadi yang hampir dekat
* tak perlu susah mencari hadiah, just a simple present with a big meaning, we have all you need





MODEL ROLEX

RM 45.00 shj

*dilengkapi dengan tarikh









MODEL ROLEX

RM 30.00 shj










MODEL ROLEX

RM 30.00 shj









MODEL ROLEX

RM 30.OO shj











untuk sebarang tempahan dan pembelian, anda boleh email ke jeme_nak0@yahoo.com
ataupun, anda juga boleh sms ke 0139963860 (en.azman, pengurus syarikat)

Sunday, March 22, 2009

Bahang kian terasa ( 5/4-25/5)



UMT makin panazz....


Salam perpaduan buat semua. Terima kasih kerana anda masih terus terusan menyokong dan membantu odysseyrovers, semua pertolongan anda itu amat kami hargai.

Sejak kebelakangan ini, keadaan suasana sekitar kampus UMT kelihatan semakin panas dan 'hot'. Banyak perkara-perkara yang tidak seharusnya berlaku, telah berlaku kepada student disini.

Antara perkara yang berlaku adalah perubahan kawasan parking kenderaan pelajar, disebabkan itu maka timbulah berbagai-bagai isu yang lapuk dibangkitkan kembali. Antaranya pelajar-pelajar disini menyalahkan pihak MPP kerana sikap mereka yang terlalu mengikut jari telunjuk pihak Hepa. Mengapa perkara begini boleh berlaku?? Apakah MPP sudah hilang belangnya???

Kita tidak boleh nafikan bahawa semua Universiti di Malaysia mengalami nasib yang sama seperti di UMT. Apa yang berlaku di UMT sekarang adalah pengulangan kepada sejarah yang pernah berlaku di UM dan Universiti lain di malaysia. Itu adalah teori sejarah yang mengatakan bahawa sesuatu tamadun itu akan mengalami proses perubahan sehingga peringkat tertinggi dan bila sampai satu tahap, tamadun itu akan hancur dan hilang ditelan zaman. Begitulah juga nasibnya kepada institusi Kampus dimana, setiap universiti akan mengalami nasib yang sama, ini adalah teori yang tidak boleh disangkal lagi.

MPP merupakan sebuah badan perwakilan pelajar, bertujuan untuk menjaga kepentingan pihak pelajar. Jika perkara ini diabaikan, maka wujudlah suatu suara baru dimana suara inilah yang akan menjaga kepentingan dan kebajikan pelajar. Suara kebebasan akanmula kedengaran di setiap ceruk dan pelusuk kampus. Namun, kita tidak boleh menyalahkan MPP secara total kerana MPP mempunyai bidang tugas yang amat besar dan berat sekali, itulah mengapa bukan calang2 orang yang boleh mimimpin organisasi pelajar, bayangkan jumlah pelajar hampir mencapai 5000 orang dan pihak MPP hanya 20 orang, atau 1: 250.

Tidak boleh dinafikan bahawa kebanyakan maslah yang berlaku adlah kerana lemahnya kepimpinan MPP sekarang. Antara masalah yang timbula seperti masalah parking kenderaan student, masalah pintu pagar dikunci dan masalah foyer FST yang kotor. Disini deselitkan beberapa komen dan idea bernas yang ambil dari sumber2 yang boleh dipercayai

Pelajar 1
"PINTU PAGAR KECIL DI ASRAMA TOK TEMBAL AKAN DIKUNCI BERKUATKUASA MULAI AHAD 15 MAC 2009. PERKHIDMATAN VAN KUNING AKAN BEROPERASI DI PINTU PAGAR DEPAN B2. ARAHAN DIKELUARKAN OLEH PIHAK ATASAN UMT /PROF MAJID"

Ok. dari maklumat yg ak dapat ni, ak rasa korang leh pikir apa sebenarnya yang terjadi dalam beberapa minggu ni kan.?

Adakah ia 1 konspirasi yg dirancang??

Tapi apa yang penting, kes tampal menampal yg hentam MPP DAN JKPP, ak yg buat. sebab ak terlampau marah dan arahan menutup pagar kecil tu, SUNGGUH TIADA LOGIKA.

Ak kalau tak puas hati, ak akan zahirkan kata2 ak. alhamdulillah lepas ak wat kecoh malam tu, MPP serbu pintu pagar tu cari ak. huhu... best wo!

jangan ingat ak pompuan ak takleh wat macam2. NI SHIRIN OK!! JANGAN PANDANG SEBELAH MATA DENGAN AKU


Pelajar 2

Salam..aku pn nk bagi respon...MMG MPP kene berperanan dlm hal nh...bukan hanya fokus kpd kebudayaan shj...sepatutnya...MPP yg bertanding dalam tiket FAKULTI yg main peranan...mane korg????nh Mesti MPP tak buat lawatan PTJ kat FST...korg kne pg jumpe direct ngn dekan dan ajukan segala masalah2 yg ada kt UMT...xkan tu pon nk ajar kot...kate MPP....agi 1...aku pon geram dgn sikap pelajar UMT sendiri...dah mcm dak skolah rendah...minum pon leh tumpah...mkn x reti nk buang...bsepah sampah sana cnh....erm..PATUT rr KOt UMT berada di Tangga ke 16 dlm MQA...mentaliti pelajarnya sgt2 rendah...ak ckp as a senior..k...fikir2kanlah...

Pelajar 3

SALAM...

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YG COMMENT.SAYA HARAP SEGALA YANG DIUTARAKAN DAPAT DISELESAIKAN OLEH PIHAK YANG BERWAJIB TERUTAMANYA MPP DAN HEPA.CUMA YANG "ANA" NAK BAGITAU KITA SEMUA PERLU BERSATU.HAK KITA SEBAGAI PELAJAR KENA KITA TAHU.BUKAN HANYA DUDUK DI BILIK DAN CAKAP-CAKAP..SAMPAI BILA X JADI..LAGI 1 KITA DUK DIAM NI BKN BERMAKNA KITA NI TUNGGUL KAYU..JIKA KITA BERSATU..BARU LA "MEREKA2" NI SEDAR!!!

ORANG ATASAN,ANDA JANGAN INGAT KAMI NI SENYAP BERMAKNA KAMI IKUT SEMUA TELUNJUK KAMU...ADA PERKARA YANG KAMU PERLU PIKIR SEBELUM BUAT SESUATU..KAMI BKN SPT UUM,UKM,USM,UM YANG KUAT MELANTANG SUARA..BUKAN JUGA SPT BDK SEKOLAH YANG HANYA DENGAR ARAHAN DARIPADA GURU..KAMI ADA HAK KAMI..DAN SETIAP HAK KAMI AKAN DIPERSOAL KAN NANTI..ANTUM2 PK KAN LAH..LEPAS DI SINI X BERMAKNA LEPAS SELAMANYA..AKAN TIBA MASANYA "DIA" AKAN MEMBALASNYA..

"MOGA APA YANG DI UTARAKAN DI DENGAR DAN DIA PK2KAN BERSAMA"

MOGA ALLAH MELINDUNGI DAN MERAHMATI KITA SEMUA...AMIN..



Apabila dilihat dari ketiga-tiga pelajar terbabit, kita boleh membuat penelitian bahawa sebenarnya MPP perlu sedar tentang tugas dan tanggungjawab mereka. Janganlah asyik sibuk dengan Musikal sahaja sehingga hak pelajar terabai. Kepada Pihak Hepa, bertimbang rasalah terhadap kebajikan pelajar anda, tiada guna nya anda mendera pelajar sebegini. Jangan kerana nyamuk seekor, habis bakar satu kelambu. Carilah jalan penyelesaian yang sebaiknya.

APA PON KITA KENA SABAR DAN TAWAKKAL, BERFIKIR SEBAGAI SEORANG PELAJAR


Sekaian sahaja dari wadah minda merdeka.

tok Guru kini seOrang blogger


Tok Guru Guru Nik Abdul Aziz juga akan buka blog sendiri. Blognya akan dilancarkan pada 26 Mac ni. Makin meriahlah nampaknya dunia siber kita. Tentu blog Tok Guru itu akan popular dan dikunjungi ramai dari dalam dan luar negara. Baguslah kalau begitu. Patutnya dah lama Tok Guru buka blog sendiri.

Apapun tahniah kepada Tok Guru kerana ada blog sendiri. Didoakan pengunjung blog Tok Guru akan mengatasi pengunjungi blog Dr Mahathir dan hitnya akan tinggi.

Dengan ada blog bolehlah Tok Guru gunakan untuk berdakwah sekali. Pengisinya nanti diharap bukan saja bersifat politik, tetapi ilmu-ilmu keagamaan juga. Walaupun ada kalanya Tok Guru campur sekali ilmu agama dengan politik, dalam kuliah dan syarahannuya tetapi ada yang tidak dapat memilihnya. Jadi bercampur gaullah, macam antah bercampur dengan beras.

Ada yang dapat tangkap ada yang tidak. Bagi yang jahil kala inilah akan menganggap Tok Guru sebagai menyeleweng, buat fatwa baru dan sebagainya.

Blog adalah medium terbaik kalau Tok Guru nak bercakap soal-soal kerohanian lebih mendalam lagi. Atau mendedahkan kerahsiaan Tuhan dan manusia. Dakwah menerusi tulisan lagi berkesan. Pengisiannya juga agak detail dan tidak mengelirukan. Lagipun menerusi tulisan boleh dibuat dengan cermat dan hati-hati.

Ada hal-hal yang kalau kita berdua dengan Tok Guru terlepas juga cakapnya mengenai agama yang bersifat rahsia, tasauf. Apa kata kalau dalam blog ni Tok Guru membuka rahsia dirinya dengan Tuhan seluas-luasnya. Biarlah rahsia itu dapat dipetik dan dimanfaatkan oleh banyak orang. Misalnya mengenai amalan dan juga wirid-wirid peribadi yang menjadi amalannya sejak dulu hingga sekarang.


Saya rasa dalam banyak-banyak pengkagum Tok Guru mereka bukan saja mahu memetik dan meniru pendekatan, falsafah dan juga teknik politik, tetapi mereka juga mahu meniru dan berba'ih dengan Tok Guru sebagai tok guru.


Mengenai rahsia ketuhanan ni Tok Guru tak buka atas kedai. Dia hanya royak kepada orang terpilih dan di tempat tertentu saja. Sapa rajin geletek dan cungkilnya akan dapat. Selalunya mereka yang minat ilmu ni datang jumpa Tok Guru bukan nak minta balak atau tanah tetapi nak tambah ilmu, nak tambah iman dan taqwa kepada Allah daripada Tok Guru.

Ini kelebihan yang ada kepada Tok Guru dan tidak ada kepada Dr Mahathir Mohamad atau Tun Razak.

Apa lagi kalau ilmu dan rahsia itu ditulis sendiri ilmu itu terus datang dari hati dan turun atas kertas (skrin) dan dibaca oleh pengunjung terus masuk ke dalam hati. Jelira kata orang. Kalau tutur Tok Guru ditulis oleh orang lain banyak koner-konernya, ikut sedap dan kehendak dia saja.

Misalnya kalau Tok Guru sebut bulat, macam-macam bentuk bulat yang akan dibuat nanti, bulat leper, bulat panjang, bulat berkedut, bulat bujur dan sebagainya. Di sinilah ia memerlukan seorang yang arif dan makrifah dengan Tok Guru (ilmu) barulah akan menjelma bulat yang sengoti (sebenar).

Ada juga penulis ini bersifat yang molek ditulis, tak molek ditinggal atau ambil hak mana dia berkenan saja.

Apakah Tok Guru ada masa nak tulis sendiri blog tu nanti? Atau ada yang tukang kendalikannya? Barangkali tidak munasabah kalau Tok Guru nak tulis sendiri. Tentulah ada yang jadi tukang mengisinya.

Sangat diharap kepada orang memegang password blog Tok Guru seorang yang jujur, ikhlas dan bertanggungjawab. Jangan pula guna blog itu nanti untuk tujuan lain. Saya tak jamin Tok Guru akan memantaunya sepanjang masa. Kalau salah guna nanti nyanyalah Tok Guru.

Saya taruh kebimbangan ini, al maklumlah... . manusia ini apa-apa saja boleh jadi. Diharap pengisinya nanti benar-benar dari dhamir dan lidah Tok Guru sendiri jangan cuba nak tuil-tuil ke tujuan lain. Malang sekali kalau penjaga password itu nanti menyeleweng diselit apa-apa yang ada kepentingan atau agenda politiknya.

Saya kata ini bukan apa sekadar mengingatkan saja berpandukan kepada apa yang telah lepas. Tidak perlu cerita panjang. Selamat berblog duhai Tok Guruku.

- Dipetik dari BLOG CINA ISLAM

Tuesday, March 17, 2009


Monday, March 16, 2009

jasamu kan tetap dikenang


Salam Pengakap buat semua pengunjung blog odysseyrovers.
Telah sekian lama nak0 tidak menulis dalam blog ini, mungkin kerana sibuk dengan aktiviti kampus, almaklumlah peperiksaan akhir dah dekat, dalam 3 minggu dari sekarang.
Alhamdulillah, setakat saat ini dah hampir 1500 orang telah 'view' blog ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi untuk bersama-sama saya menyelusuri ilmu kepengakapan.
Hanya tuhan yang mampu membalas budi anda.

Setiap yang bermula didunia ini pasti akan menemui penghujungnya, setiap yang hidup pasti akan pergi jua. Dalam penulisan kali ini, saya ingin mengucapkan salam takziah buat keluarga teman rapat saya, Tuan Ahmad Yazid dari kelana Darul Naim diatas pemergian ayahanda yang tercinta.
semoga Rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.

Salam takziah juga buat semua pengakap kelantan diatas pemergian Penolong Pesuruhjaya, Allahyarham Abe loh. Beliau merupakan seorang yang meminati bidang kepengakapan. Ilmunya bagaikan setinggi gunung, seluas lautan biru. Jasanya dalam bidang kepengakapan tiada tolok bandingnya lagi.

Pernah nako teringat disaat bersama beliau semasa pentarafan pengakap raja dahulu, dia boleh dianggap sebagai seorang yang suka membuat orang ketawa, meriangkan jiwa dikala duka. Beliau juga seorang yang benar-benar komited dalam tugas, selain seorang yang sentiasa cakna pada perkembangan pengakap.

Seorang yang minat pada malam pengakap, terutamanya lagu-lagu pengakap, dialah guru saya.
Pengakap Kelantan telah kehilangan seseorang yang berjasa pada tanah air.
Pemergianmu tiada gantinya lagi....

SEMOGA ROHNYA DIRAHMATI ALLAH.

Wednesday, March 11, 2009

Malam Anugerah Kelab 2008


Kenangan semasa Malam Anugerah Kelab UMT.
Odysseyrovers telah bejaya dinobatkan sebagai Kelab Badan Beruniform terbaik 2008 dan
berjaya membawa pulang Piala dan Wang sebanyak RM200.00
Tahniah pada Odysseyrovers...........


nak0 bersama dengan Prof. Majid Isa, Timbalan Naib Canselor UMT
disebelah kanan adalah Bendahari, Cik Ros Farahnadrah dan sebelah kiri adalah
wakil pihak Majlis Perwakilan Pelajar UMT, Saudara Afiq Johari.


tersenyum selepas penat lelah selama setahun berhasil.
Alhamdulillah, akhirnya pihak Hepa dapat melihat potensi kelab Odysseyrovers.

Tuesday, March 10, 2009




Kembalinya ke rahmatullah Allahyarham Abdullah bin Ishak, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan pada 9 Mac 2009 ( 12.00 tgh mlm ).
Beliau merupakan seorang pemimpin pengakap yang banyak berjasa kepada kelangsungan pergerakan Pengakap Kelantan.
Sejak sekian lama, beliau memberi tunjuk ajar yang berguna kepada ahli pengakap terutamanya kepada calon-calon pengakap raja.
Sama-sama kita mendoakan kesejahteraannya. Alfatihah.....



" Pergimu tiada ganti, namamu kan tetap dikenang selamanya"

Maklumat terbaru tentang HINEX CAMP 2009


Tarikh : 9 - 13 Jun 2009
Tempat: TATi University College, Teluk Kalong, Kemaman Terengganu.
Pendaftaran : 9 Jun 2009
Masa: 8.30 pg - 4.30 ptg
Yuran : RM 50.00 setiap peserta ( yuran tidak termasuk makan, pengangkutan)
Majlis Perasmian :10 Jun 2009
Majlis Penutupan : 13 Jun 2009

Aktiviti :

1-Pameran Pengakap
2- Pameran Agensi Swasta dan Kerajaan
3- Aktiviti Industri Minyak dan gas
4- Aktiviti Lawatan ke sekitar Kuala Terengganu
5- Aktiviti Kemasyarakatan
6- Aktiviti Kemahiran
7- Aktiviti Pantai
8- Aktiviti Makanan Tradisional
9- Aktiviti Pengakap
10- Aktiviti Kebudayaan

Sebarang pertanyaan dan surat-menyurat boleh dialamatkan ke :

Urusetia Hinex Camp Ke-9
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
TATi University College (TATiUC)
Teluk Kalong, 24000 Kemaman
Terengganu.

No. Tel: 09-8633863
No. Fax: 09-8635863

* Setiap kontigen diminta untuk
- membawa bendera IPT masing-masing
- mengambil insuran kumpulan masing-masing
-menyediakan satu persembahan( 10 minit ) untuk malam Gala HINEX
-membawa khemah dan peralatan lain yang dirasakan perlu

Sunday, March 08, 2009

Untukmu........


Hayatilah syair yang masyhur, yang dikarang oleh seorang ulama ahli hadith dan ahli sejarah, yakni Al-Hafiz Wajihuddin Abu ‘Abdillah Abdul Rahman ibnu ‘Ali Ibni Muhammad ibni Umar As-Syaibani Az-Zabidi As-Syafie yang lebih dikenali dengan gelaran Al-Imam Ad-Daiba’ie. Syair, kata-kata pujian serta selawat yang termaktub dalam karangan masyhur beliau, Maulid Ad-Daiba’ie diiktiraf oleh para ulama dan sudah digunakapakai selama lebih 450 tahun di dalam dunia Islam. Fahamilah bahawa syair-syair ini bukanlah semata-mata karangan yang berasaskan imaginasi pengarangnya; tetapi adalah merupakan pancaran rasa cinta yang begitu mendalam yang berasaskan ilmu pengetahuannya yang luas terhadap hadith-hadith yang begitu banyak serta ma’rifat kurniaan Allah S.W.T. Hayatilah di bawah ini terjemahan bait-bait syair beliau tentang kelahiran Rasulullah s.a.w., yang pasti membangkitkan lagi kecintaan dan kasih umat kepada Baginda Rasulullah s.a.w.

Hadirkanlah hati-hati kalian,
wahai sekalian orang yang mempunyai akal fikiran.
Agar dapat kujelaskan kepada kalian segala sifat yang indah menawan
dan cantik memukau bagaikan pengantin, milik Kekasih Teragung ini.
Yang diistimewakan dengan gelaran termulia (Kekasih Allah).
Yang pernah naik menghadap Allah,
Maharaja Yang Maha Pemberi (di malam Isra’ dan Mi’raj).
Sehingga ia dapat menatap langsung keindahan-Nya
tanpa sebarang tirai penghalang.

Ketika tiba saat kemunculan ‘Matahari Kerasulan’ ini di ‘Langit Keagungan’;
maka keluarlah satu malaikat membawa titah perintah Allah Yang Maha Agung,
kepada Ketua Penghuni Langit, Saidina Jibril a.s.

“Wahai Jibril, serukanlah kepada seluruh makhluk.
Di bumi dan di langit, dengan ucapan-ucapan tahniah dan khabar gembira.
Kerana sesungguhnya,
Nur yang terpelihara, dan Rahsia yang tertutup sekian lama,
yang telah Aku wujudkan sebelum terwujudnya segala sesuatu,
dan sebelum Kuciptakan bumi dan langit.
Pada malam ini,
akan Ku pindahkan ke dalam perut ibunya dalam keadaan riang gembira.
Dengan sebabnya, akan Ku penuhi seluruh alam dengan cahaya.
Ia akan Ku pelihara dan Ku didik
dalam keadaan yatim (tanpa campur tangan ibu bapanya)
dan akan Ku sucikan ia dan ahli keluarganya dengan sesuci-sucinya
(sehingga mereka tidak akan melakukan perkara yang Aku tidak redhai)”

(Setelah Saidina Jibril a.s. menyerukan titah Allah tersebut)
maka ‘Arasy bergoncang hebat kerana merasa sangat gembira.
Kursiy yang teramat hebat itu pula
menjadi semakin hebat dan agung (demi memuliakan Baginda s.a.w.).
Dan tujuh petala langit dipenuhi cahaya (bagaikan sedang berpesta).
Sedangkan suara para malaikat bergemuruh mengucapkan tahlil,
tahmid dan istighfar (lantaran terlalu gembira dengan kedatangan Baginda s.a.w. ke mayapada).

(Sejak awal kehamilan) Bondanya (Sayyidatina Aminah r.anha)
sentiasa melihat pelbagai mimpi dan tanda kemegahan
serta keutamaan bayi dalam rahimnya itu,
sehinggalah usia kandungannya cukup sempurna.
Lalu ketika dirasakan dirinya benar-benar akan melahirkan,
dengan keizinan Tuhan segala makhluk,
maka ia pun melahirkan Al-Habib s.a.w. dalam keadaan sedang sujud,
bersyukur dan memuji Allah,
begitu comel dan indah laksana bulan mengambang penuh.
Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan
dalam keadaan telah berkhatan dengan kekuasaan Allah S.W.T.
Kedua matanya yang mulia bercelak dengan ‘Celak Hidayah’
(terpelihara daripada memandang apa yang tidak diredhai oleh Allah).
Ruang angkasa menjadi terang benderang kerana Nurnya.
Dan alam semesta penuh dengan keindahan
serta bersinar cemerlang kerana Nurnya itu.

Generasi yang tidak menjumpainya, termasuk juga umatnya,
sebagaimana generasi yang telah berlalu sebelumnya.
Kehebatan pertama mukjizatnya adalah terpadamnya api sembahan orang-orang Parsi
(yang tak pernah padam selama seribu tahun).
Beranda-beranda istana Maharaja Parsi tiba-tiba runtuh berjatuhan.
Syaitan-syaitan dihujani dengan panah-panah api bintang
yang panas membakar dari langit.
Semua jin yang sombong dan zalim,
berundur dengan hina dan tunduk kerana serangan dan desakan kuasa Baginda s.a.w.

Salam Maulidur Rasul


SALAM MAULIDUR RASUL
BUAT SEMUA PELAWAT ODYSSEYROVERS
TERUTAMANYA YANG BERAGAMA ISLAM


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


“Sesiapa yang mengasihiku dengan mengasihi kedua-dua (cucuku ini) serta kedua ibu bapa mereka (Sayyiduna Ali dan Fatimah r.a.), maka mereka akan bersamaku di dalam kedudukanku pada hari Kiamat.” (Hadith riwayat Imam Ahmad dan Tirmidzi, hadith Hasan)


Friday, March 06, 2009

please save our earth.....


28 Million Scouts to Mobilise for Earth Hour



• Community organisations around the world getting behind campaign
• Sweden to ring church bells, Sydney Ferries to sound horns
• National Education Association (US) lends support

The Scouts, the world's largest youth movement with more than 28 million members in 160 countries, lead thousands of community groups around the world mobilising their supporters for Earth Hour, the global expression of a desire for serious and sustained action on climate change.

“It is possible for everyone to take action against global warming," said Luc Panissod, Acting Secretary General of the World Organization of the Scout Movement, and James Leape, Director General of WWF International, in a joint letter to Scouting's global network earlier this month.

What was described as "an opportunity to talk to your neighbours about the environment and climate change" is the latest expression of a partnership between the Scouts and WWF that goes back decades.

"We see that Scouts all over the world have a great interest in the environment and are leaders in their community," said Luc Panissod. "Earth Hour offers an opportunity for Scouts to demonstrate this commitment to tackling climate change and engage with their family and friends."

"The young are vitally concerned with the future and many are well aware that climate change is the greatest threat to the planet’s future. We are delighted that the Scouts are again working with us to secure the environment for generations to come," said James Leape.

With more than 681 cities in 76 countries already signed up to turn their lights out on March 28, Earth Hour 2009 is shaping up as one of the greatest voluntary actions the world has ever seen.

Executive Director of Earth Hour, Mr Andy Ridley, said community groups are playing a vital role in getting more and more people from around the world engaged in the lights out campaign.

“Earth Hour is driven by citizens and grassroots groups thinking globally and acting locally. No matter how big or small your organisation, I urge you to get involved in Earth Hour and really make a difference in your community and in the world,” Mr Ridley said.

Among other community groups working to ensure the largest possible participation in Earth Hour is the Church of Sweden, which will ring its bells across the country to signal the start of Earth Hour at 8.30pm on March 28.

Sydney Ferries, which has been an enthusiastic supporter of Earth Hour since 2007, will this year be sounding the horns of all its ferries operating on Sydney Harbour, heralding Earth Hour in the city where the campaign first began.

In the United States the National Education Association, representing 3.2 million teachers and education professionals, has also pledged its support for Earth Hour, as has the 1.4 million-strong American Federation of Teachers.

PENGAKAP BERGERAK SEIRING DENGAN ISU-ISU SEMASA

dipetik dari www.eathhour.org

Tuesday, March 03, 2009

PSNZ vs AKASIA.............



semenjak pemilihan majlis perwakilan pelajar yang baru ini, banyak perubahan yang telah berlaku terhadap suasana di kawasan kampus. MPP yang rata2 nya merupakan wajah-wajah baru dan muda nampaknya begitu bersemangat untuk menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka. Tanggungjawab yang akan dipikul bukanlah sesuatu yang kecil dan ringan, namun memerlukan semangat yang kental dan jiwa yang hakiki.

Rata2 exco pada kali ini adalah dari pelajar tahun 2 dan setiap seorang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kepimpinan tak kira lah dari kelab sukan, kelab akedemik or kelab eksekutif UMT. Namun apa yang menarik tentang MPP sekarang adalah dasar yang dimainkan oleh para2 exco mereka. Para MPP sekarang dilihat lebih menjurus kepada perkara2 yang melibatkan kebudayaan dan kesenian, al maklumlah kebanyakan ahli MPP itu sendiri rata2 nya adalah terdiri daripada golongan "PRO-Akasia" iaitu mereka2 yang bergurukan kesenian dan kebudayaan.

Perubahan yang jelas dapat dilihat adalah pada Minggu MPP yang lepas. Pertama kali dalam sejarah UMT telah mengadakan konsert pada minggu MPP. Tahniah.........

Namun haruslah diingatkan bahawa, tugas utama MPP adalah untuk menjaga kebajikan dan keselesaan pelajar di kampus. nak berhibur pun boleh, tapi biarlah berpada-pada. Tak kisah berhibur, tapi biarlah seiring dengan penekanan terhadap kepentingan pelajar di kampus.
Contohnya dalam isu parking motor, Libry bising dan sebagainya. Seharusnya MPP memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah ini namun lain yang diharapkan, lain pula yang terjadi.

Oleh itu, setiap ahli exco MPP perlu membetulkan kembali mindset mereka, " kepentingan MPP adalah untuk menjaga hak majoriti, bukan minoriti". Jangan sekadar menjadi wakil hanya untuk mendapat nama dan gelaran namun tanggungjawab diabaikan. Sejarah silam telah banyak mengajar kita tentang kerakusan pihak MPP dalam melaksanakan tugas sehingga wujudnya berbagai2 isu. Jika perkara ini kita abaikan maka pisang mungkin akan berbuah dua kali.

Semoga apa yang dilontarkan disini mandapat perhatian dari pihak Majlis sendiri. Saya adalah seorang insan yang mengharap agar sejarah silam tidak kembali berlaku di bumi bertuah ini.
Apa yangbaik datang darinya dan apa yang buruk datang dari diri saya sendiri..

Mohon undurkan diri.

Pemanasan Global-sedarkah kita???



Pemanasan global merupakan masalah atau isu yang sering dipropagandakan oleh media massa pada ketika ini. Tahukaha anda semua tentang pemanasan global @ global warming.
Sebenarnya pemanasan global adalah merupakan kesan dari kenaikan suhu bumi yang meningkat dari semasa ke semasa. Kenaikan suhu ini adalah disebabkan oleh banyaknya kandungan gas carbon dioksida di permukaan bumi yang bertindak sebagai lapisan. Lapisan Co2 ini akan memerangkap haba yang sampai ke permukaan bumi (dibebaskan oleh matahari). Maka oleh itu, suhu permukaan bumi akan terjejas dgn teruknya dan boleh membawa banyak kecelakaan kepada kehidupan di dunia. Antara keburukan pemanasan global adalah pencairan ais di kutub utara dan selatan yang membawa kepada kenaikan paras air dunia. Dianggarkan, menjelang 2050, paras air dunia akan naik sebanyak lebih kurang 1 meter. Cuba bayangkan apa akan terjd kepada kawasan rendah. Semestinya ini merupakan bala kepada mereka semua.

Pemanasan global juga mengundang kepada kepupusan hidupan-hidupan liar terutamanya yang hidup dikawasan pesisir pantai dan di sekitar ekosistem paya bakau. kenaikan paras air laut akan mengubah struktur ekosistem dikawasan paya bakau dan menyebabkan kemusnahan habitat asal kehidupan disitu. Haiwan2 seperti bangau, biawak dan buaya akan mencari alternatif lain untuk hidup. mereka perlu menyesuaikan diri mereka dgn keadaan sekeliling. maka ini boleh menyebabkan gangguan terhadap kehidupan manusia dimana haiwan2 seperti buaya akan mencari habitat baru untuk hidup dan menganggu kehidupan manusia.

Pemanasan Global juga akan memberi kesan terhadap kehidupan manusia. Ia akan menyebabkan peningkatan kadar penyakit di dunia. Sesetengah tempat akan mengalami kemarau yang teruk dan disesetengah tempat pula akan mengalami banjir yang teruk. Contohnya adalah seperti yang telah berlaku di johor baru2 ini dimana tempat yang selamat dari banjir telah dilanda banjir. Malahan lebih teruk dari yang biasa berlaku di pantai timur. Kehidupan manusia juga akan terjejas teruk dari keadaan ini. Kesan dari global warming akan menyebabkan peningkatan kadar penyakit di dunia. Banyak bayi yang baru lahir mati disebabkan oleh suhu yang terlalu tinggi. Terdapat juga pengurangan sumber makanan bagi kehidupan bumi akibat dari kemusnahan tanaman dan tumbuhan.

Pemanasan global merupakan perkara serius dan global. isu ini hendaklah diutamakan dan didahulukan dari isu2 yang lain. Semoga apa yang berlaku sekarang tidak akan berlaku kepada anak dan cucu kita dimasa hadapan.

Global Warming- a global issue


GLOBAL warming is such a hazy concept, often complicated by contrasting opinions, that it is no wonder many people get turned off even thinking about this threat of apocalyptic proportions.

There was a report recently that said Tokyo was currently having a unique winter. Apparently, this is the first winter since records began to be kept 130 years ago, that there has been no sign of snow. Average temperatures there, too, are said to be a degree Celsius higher.

So, the world is getting warmer but what’s new for us in tropical, hot and humid Malaysia?

The current hot spell, and the threat of possible drought in a few months, naturally led me to deliberate on this rather weighty issue. Whether the warmer Tokyo winter and the current hot spell here has any causal relationship at all, I do not know.

But what I know, and believe, from reading and watching endless documentaries, is that global warming is certainly here and worrying, with potentially grave consequences for countries like Malaysia.

I tend to believe scientific findings that the rise in global temperature, even if slight, will have some impact on Earth. Melting of the polar ice caps could affect water temperature, with the impact magnified many times over when manifested in strange global weather patterns.

Deserts would expand in size, some animal species would become extinct and some vector-borne diseases could prosper in warmer climes.

The melting polar ice caps could also lead to a rise in sea levels. I read somewhere that even a few centimetres’ rise in water levels could wreak havoc to coastal areas and island nations, with water backing up rivers and swamplands resulting in cumulative water rises of a few metres.

Millions of hectares of coastlines the world over could be submerged.

Hence, a littoral state like Malaysia may lose some of its land to the sea, leading to the extinction of some indigenous species as well as the proliferation of diseases known and unknown.

It will not happen in my lifetime, but if things remain as they are now, Malaysia could be a smaller country when it celebrates its 100th or 150th birthdays. What will happen then to Penang, Langkawi or Tioman?

I am rather annoyed by this whole thing because there is not much I can do as an individual. But what bothers me most is the perceived absence of any discussions at the government or policy levels about this phenomena.

Why I say "perceived" is because I have not seen any pronouncements by our officials about global warming and its impact on us, and what we as a nation should do about it. Of course, we are a signatory to the United Nations-initiated Kyoto Protocol Treaty on climate change on how to reduce greenhouse emissions, but what’s next?

I sense, too, a general sense of obliviousness as far as global warming is concerned. I suppose there are more pressing things that need our attention now but then again, how are we as a nation to act on the matter if we are not truly aware of it?

I have not heard any leaders or ministers talking about global warming as something to be concerned about. Perhaps, it is too much of a hypothetical thing, a concept beyond the grasp of many. Or it does not concern most of the living now, so why bother?

In Europe, the issue of global warming has become national agendas in many countries, discussed at length in their houses of representatives with laws and enactments put in place to help the global efforts. Despite the gloom, a United Nations’ report suggests that there is still time to slow down global warming and lessen many of its most severe consequences if the world acts quickly.

If previously, non-governmental organisations and nature freaks were the only ones championing such abstract causes, now governments are forming high-level Cabinet committees to look into the matter.

Maybe we should, too. I have always believed that the first step to handling the situation is for each country to start talking about it. Now, only island nations are screaming for action for fear that they will be literally washed away from the face of this earth.

Perhaps, we should look at the problem of what global warming could potentially do to the country — its geography, politics, social situation and its economy.

What are its consequences for the future? While most Malaysians would not have to move to the highlands, millions could be displaced from our coastal areas and islands.

Many of our coastal infrastructure, investments and community could be displaced.

Of course, these are Dooms day-like scenarios that could be washed away with a glass of teh tarik and a sigh. But they are real enough for us to start thinking about giving our future generations, which all of us, politicians and sundry alike seem to care so much about, a chance.

dipetik dari www.nst.com
 

Odyssey Rover's Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Blogger Templates © 2008