Saturday, August 08, 2009

rahsia yah0o


lucu n kelakar pon ada, lawak la jugak....
tahukah anda bagaimana caranya untuk menyebut Yahoo! dengan sebetul dan setepatnya?
mungkin ramai yang masih belum tahu, dan mungkin juga ramai yang masih terpikir2 cara sebenar menyebut perkataan yahoo. Hasil dari kajian aku, melalui pembacaan blog dan penelitian minda yang rapi, aku dh jmpe cara yang sebenar untuk menyebut yahoo. sebenarnya pihak yahoo ada mengeluarkan atau mem'publish'kan cara yang betul untuk menyebut yahoo mereka.
TAK PERCAYA......??

key, begini caranya.
1- tuan2 bukak home page yahoo......sini
2- tengok di logo yahoo ! di sebelah atas kiri tuan2, lw x jumpe, sila jumpa dgn doktor pakar mata (wakakak).
3- try tuan2 tekan di logo ! anda akan dapat hasilnya.

SELAMAT MENCUBA

ps- google lak cm ne ek??

Friday, August 07, 2009

waspadalah.....


Thursday, August 06, 2009

latest from me...


salam, hari ini aku dh menjankau ke dunia baru. Dunia yang penuh dengan cita-cita dan harapan. Dunia seorang pelajar Universiti yang penuh dengan matlamat dan tujuan. Beberapa jam yang lepas aku sudah berjaya siapkan paper work aku yang kedua yang bertajuk 'Seluhur Ramadhan'.
Program yang aku sendiri rancang. Program yang bagi aku tidaklah sebesar mana, tapi mungkin penuh dengan harapan dan pengertian pertama aku ke arah mahasiswa berilmu dan sedar.

Latar belakang Program
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang suci bagi umat Islam, kerana pada bulan ini umat Islam di seluruh dunia akan menjalani ibadah puasa. Ia menuntut kita supaya patuh kepada arahan tuhan dan menjauhi laranganNya. Ketika inilah akal dan nafsu kita diuji. Namun, dalam kehangatan kita menghadapi bulan Ramadhan, masih ada lagi golongan yang kurang bernasib baik. Atas kesedaran inilah, Persatuan Pengakap Laut Kelanasiswa UMT mengambil inisiatif untuk mengadakan Program ‘Seluhur Ramadhan’. Program ini merupakan sebuah program kebajikan yang telah dirancang secara rapi oleh Persatuan Pengakap, ia bertujuan untuk membantu golongan miskin dalam menghadapi ujian di bulan Ramadhan. Program seumpama ini sesungguhnya penting untuk memberi kesedaran pada mahasiswa/i tentang pentingnya semangat persaudaraan dalam Islam. Ia juga dapat memberi peluang pada mahasiswa/i untuk menyelami penat jerih kehidupan golongan yang kurang berada selain melatih jiwa mahasiswa/i supaya menjadi pelajar yang cakna akan isu sekeliling (dlm paper work).
itulah dia sedikit sebanyak latar belakang program ini. Program ini adalah sebenarnya sebuah program kebajikan bertujuan untuk membantu golongan miskin yang hidup didalam kesempitan dibulan ramadhan. seperti kata pepatah, kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Program ini melibatkan sebah keluarga yang miskin yang menetap di Kg Gong Pok Jin ( x jauh dr UMT ) yang pada suatu masa dahulu penah masuk kedalam TV3 kerana kesusahan hidup mereka. Kalau orang lain boleh buat, kenapa kita tidak?? Oleh kerana itulah aku sedar akan perkara ini, dan aku bertekad untuk mewujudkan program seumpama ini dalam kelab pengakap. Mungkin program ini nampak janggal sedikit namun aku pasti dengan bantuan dari ajk2 yang telah aku pilih dgn teliti, nescaya program ini akan berjaya mencapai matlamatnya. insyallah.

* beberapa program lagi bakal menyusul....

Sunday, August 02, 2009

10 years before independent.........


sedar tak sedar kita sebenarnya telah menjengah ke bulan ogos iaitu sebuah bulan yang cukup bermakna buat negara kita, kerana pada bulan ini lah negara kita menyambut kemerdekaan yang pertama pada 52 tahun yang dahulu.oleh itu, disini abg nak cerita sedikit mengenai sebuah filem kemerdekaan, "10 tahun sebelum merdeka" arahan saudara fahmi reza. Filem dokumentari pendek ini menceritakan pengalaman yang dilalui oleh 5 individu yang turut serta dalam perjuangan politik kiri untuk membentuk sebuah gerakan kemerdekaan rakyat di Malaya, sepuluh tahun sebelum merdeka.



filem ini cukup memberi kesedaran pada jiwa abang, tentang pentingnya semangat kemerdekaan. jika sebelum ini kita sering blur dan tak tahu apa itu kemerdekaan maka sudah tiba masanya kita sedar, dan bangkit bersama-sama.marilah kita menonton filem 10tahun sebelum merdeka. sebuah karya fahmi reza.

untuk keterangan lanjut tentang filem ini, klik cniy www.10tahun.blogspot.com

 

Odyssey Rover's Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Blogger Templates © 2008