Assalamualaikum dan salam pengakap....
Rasanya masih belum terlambat untuk nako mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429 H.
Setelah hampir dua minggu nako bercuti, kini saya kembali ke alam maya, untuk sama-sama anda semua membangunkan wadah Odyssey Rovers. Perjuangan Odyssey Rovers bukanlah hanya tertumpu di dalam kawasan kampus universiti sahaja, namun meliputi seluruh dunia. Inilah yang dipanggil sebagai perjuangan masih belum selesai. Perjuangan kita masih belum pasti lagi penamat nya kerana 'permainan' baru sahaja bermula. Nako suka sangat mengaitkan pengakap dengan semangat kerana, semangatlah yang menjadi tunjang kepada bangkit bangunnya sesebuah bangsa. Kerana semangatlah kita mampu berada pada tahap ini. Sebuah negara bangsa Malaysia yang aman dan selamat untuk semua jenis bangsa. Dan kerana semangatlah nako masih berdiri disini, untuk menegakkan wadah kepengakapan untuk sejagat. Kita semua adalah pengakap dan seorang pengakap itu adalah seseorang yang mulia selagi mana dia memegang undang-undang pengakap yang sepuluh itu. Dalam kita melayari hidup ini, kita harus tekankan tentang semangat persaudaraan antara kita kerana semangat persaudaraan yang utuh amat penting bagi mengekalkan kelangsungan hidup sesebuah organisasi. Kita semua adalah saudara dan kita adalah kita. Sebuah badan kelab yang kian bangkit. Buktikan bahawa "odyssey rovers is the best".
Hari raya baru sahaja berakhir dan cuti pun kian beransur mengundurkan diri. Jadi, bermulalah kembali ingatan tentang tugasan yang masih belum selesai. Assignment, homework dan macam2 lagi adalah lumrah kehidupan seseorang penuntut universiti. Namun janganlah kita memandang enteng terhadap semua tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Ini kerana pengakap sejati adalah seorang yang menurut perintah dan 'always do the best'. By the way, exam pun sudah hampir dekat, hanya tinggal lebih kurang 1 bulan 1/2 lagi. Pengakap-pengakap juga, tetapi exam pon kena jaga gak...hehehe, selamat berjaya...
Baru-baru niy odyssey rovers telah dijemput untuk mengajar ilmu-ilmu pengakap di MRSM Kuala Terengganu. Ini adalah untuk menyediakan semua ahli pengakap di MRSM KT tentang ilmu pengakap untuk persediaan ke Jambori Pengakap MRSM ke 18 di Jeli, Kelantan. Tarikh jambori adalah dari 16-19 oktober 2008. Pengahantaran wakil pengakap umt ke sana masih lagi dalam perbincangan dan kalau tidak ada aral yang melintang, kita akan bersama-sama dengan pengakap MRSM KT ke Jambori Pengakap di Jeli. Tak sabar rasanya untuk kesana, merasa wadah sebenar kepengakapan.
Odyssey rovers- "the first step to the better future"
Akhir kata dari nak0, selamat kembali kepada semua ahli odyssey rovers yang telah bercuti, dan jom lah kita bersama-sama membangunkan kembali kelab pengakap kita. Biarkan semangat kepengakapan dalam diri kita terus terbakar dan menyinari alam maya. Semoga jasa dan bakti kita akan membuahkan hasil yang bisa dikenang hingga ke akhir waktu......
Selamat Maju Jaya....Odyssey rovers-discover the spirit's of blue ocean
2021 check in.
3 years ago
0 comments:
Post a Comment