Friday, January 09, 2009

Tangis untuk saudara ku..........








PBB dedah kekejaman Israel bunuh rakyat Palestin

JERUSALEM: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan 30 rakyat Palestin di Gaza terbunuh awal minggu ini apabila mereka diarah askar Israel berlindung di sebuah rumah yang kemudiannya dibedil.


Laporan Pejabat PBB bagi Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) berkata, pada 4 Januari lalu askar Israel membawa 110 rakyat Palestin ke sebuah rumah di Zeitoun, tengah Gaza, dan memberi amaran supaya tidak keluar dari situ.

Laporan itu yang memetik sumber saksi menyatakan rumah itu kemudian dibedil, menyebabkan 30 daripada rakyat Palestin berkenaan terbunuh.


Tentera Israel berkata ia sedang menyiasat insiden berkenaan. - Reuters

Tangisan anak Palestin

Tangis sendu mereka
bagai terngiang di cuping telinga
dekat dan merintih manja
minta belai dan kasih mesra

Tangis anak Palestin itu
bukan cuma sekadar pengharapan
yang kini makin pudar
dimamah gelombang kesatuan yang kian hilang

Anak Palestin itu
menuntut harap
meminta belas
menagih sekota rasa

Bila Ibu ayah mereka kini syahid
Bila negara mereka dirobek rakus
Bila Hidup mereka kian pupus
Dan Pemimpin mereka kini semulusnya
mengikat janji
malara damai
yang tidak kunjung
kerana bangsa yang menggila itu
bukan pemberi simpati
dan rakusnya mereka meratah
tubuh-tubuh yang tidak bersalah

Bangkitlah laungan kesatuan
dalam perjuangan
dalam pengorbanan
dari segenap alam

Kita sebahagian dari mereka
mereka sebahagian dari kita

Hingga lontaran bebatu kerikil jalanan
menghambat 'Yahudi' durjana
dan Islam yang tercinta
pasti ternobat jua akhirnya


nukilan,
akhi masrawi.
akhir said


0 comments:

Post a Comment

 

Odyssey Rover's Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Blogger Templates © 2008