Monday, March 23, 2009

buat student UMT


hanya satu kalimah yang bisa aku lontarkan, teruskan lah kesabaran anda, sesungguhnya apa yang telah berlaku telah ditentukan sejak azali lagi oleh Ilahi.
Setiap yang telah berlaku ada hikmahnya, semua ini adalah ujian dari tuhan. Ujian untuk menguji tahap kesabaran manusia. Juga ujian untuk mencari siapa yang paling bersabar antara yang sabar.

Kepada Pihak MPP, setiap yang anda lakukan ada natijahnya. Beza nya hanyalah samada natijah itu baik or buruk, jika baik tidak apa, namun jika buruk anda tahu apa yang hendak dilakukan. Jangan penat untuk berusaha kearah kebaikan, biarpon seribu onak mendatang.


Kepada pihak2 yang berani bersuara, kenapa anda harus bertindak secara membuta tuli?? Sedangkan kita mempunyai satu sistem yang cukup 'perfect' di UMT. Jangan kita salahkan sesetengah pihak sahaja tanpa membuat kajian yang lebih terperinci. MPP harus main peranan dan sedar akan isu2 semasa yang dibawa oleh pelajar. Perlu buat satu 'survey' tentang permasalahan yang dihadapi oleh pelajar. Sebenarnya banyak sangat masalah yang masih bertimbun di meja MPP, so pandai-pandai lah pihak anda untuk menyelesaikannya satu per satu.

Ini hanyalah sedikit sahaja pendapat dari saya, sekadar bingkisan hati nurani. Semoga apa yang telah berlaku pada hari-hari yang lepas tidak berulang.

*aku bukan wakil MPP or HEPA or FAKULTI or ape2 jer.....
setakat berkongsi pendapat nan lara.

0 comments:

Post a Comment

 

Odyssey Rover's Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Blogger Templates © 2008