Monday, March 16, 2009

jasamu kan tetap dikenang


Salam Pengakap buat semua pengunjung blog odysseyrovers.
Telah sekian lama nak0 tidak menulis dalam blog ini, mungkin kerana sibuk dengan aktiviti kampus, almaklumlah peperiksaan akhir dah dekat, dalam 3 minggu dari sekarang.
Alhamdulillah, setakat saat ini dah hampir 1500 orang telah 'view' blog ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi untuk bersama-sama saya menyelusuri ilmu kepengakapan.
Hanya tuhan yang mampu membalas budi anda.

Setiap yang bermula didunia ini pasti akan menemui penghujungnya, setiap yang hidup pasti akan pergi jua. Dalam penulisan kali ini, saya ingin mengucapkan salam takziah buat keluarga teman rapat saya, Tuan Ahmad Yazid dari kelana Darul Naim diatas pemergian ayahanda yang tercinta.
semoga Rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.

Salam takziah juga buat semua pengakap kelantan diatas pemergian Penolong Pesuruhjaya, Allahyarham Abe loh. Beliau merupakan seorang yang meminati bidang kepengakapan. Ilmunya bagaikan setinggi gunung, seluas lautan biru. Jasanya dalam bidang kepengakapan tiada tolok bandingnya lagi.

Pernah nako teringat disaat bersama beliau semasa pentarafan pengakap raja dahulu, dia boleh dianggap sebagai seorang yang suka membuat orang ketawa, meriangkan jiwa dikala duka. Beliau juga seorang yang benar-benar komited dalam tugas, selain seorang yang sentiasa cakna pada perkembangan pengakap.

Seorang yang minat pada malam pengakap, terutamanya lagu-lagu pengakap, dialah guru saya.
Pengakap Kelantan telah kehilangan seseorang yang berjasa pada tanah air.
Pemergianmu tiada gantinya lagi....

SEMOGA ROHNYA DIRAHMATI ALLAH.

0 comments:

Post a Comment

 

Odyssey Rover's Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Blogger Templates © 2008