Wednesday, September 24, 2008
Monday, September 22, 2008
Saturday, September 20, 2008
Hari Keamanan Sedunia 21/ 09/ 2008
Semoga Ramadhan pada kali ini memberi seribu pengertian kepada kita semua. Selamat menyambut Hari Keamanan Sedunia 2008....
Untuk keterangan lanjut, anda semua boleh melayari :
www.internationaldayofpeace.org/
Friday, September 19, 2008
Clean Up the World Weekend 19-21 September!
Clean Up the World Weekend 19-21 September!
Clean Up the World Weekend, celebrated globally on the 3rd weekend in September is the Clean Up the World flagship event. This year the Clean Up the World Weekend will be held 19-21 September 2008 and World Scouting calls for Scouts around the globe to mobilise for this important campaign.
Clean Up the World is a community based environmental campaign that inspires and empowers individuals and communities from every corner of the globe to make their environment a cleaner, healthier place to live.
Clean Up the World and World Scouting encourages Scouts to organise an activity on, or around, Clean Up the World Weekend and to think of ways to engage the community in long-term environmental initiatives.
Since the beginning of the Clean Up the World campaign 15 years ago, Scouts have been actively getting out in their local communities and cleaning up their environment. This has included collecting many bags of litter, conducting educational campaigns, tree planting and other environmental projects.
The 2008 Clean Up the World theme "Start Today.. Save Tomorrow - Clean Up our Climate" reflects the need for local communities to Clean Up Our Climate by getting involved in activities such as protecting water sources, energy conservation, education programs, planting trees, walk to work days and waste reduction projects.
Although climate change can seem like a complex issue, there is a wide variety of simple actions that every individual and community can take to make a difference.
In 2008, Clean Up the World is encouraging and supporting participants to take action at a local level to help address this very global issue.
If you want to know what you can do have a look how other participants of Clean Up the World have taken part in various Clean Up the World Weekend activities in the Clean Up the World 2007 Activity Report. There are other Clean Up the World Regional Initiatives that Scouts can participate in throughout the year, including Clean Up the Baltic, Clean Up the Mediterranean and Clean Up the South-East Asian Seas. For more information on how to get involved in these campaigns see: http://www.cleanuptheworld.org/en/Activities/regional-initiatives.html.
For more information on how your NSO can become involved, click here or contact Rod Abson- Unit Manager, Environment Education.
So show the world that Scouts are prepared to respect and value the environment and Start Today.. Save Tomorrow - Clean Up our Climate!
Thursday, September 18, 2008
Minda pengarang 2....
Alhamdulillah, hari ni dah 18 hari kita berpuasa. Rasa nyer masih tak terlewat untuk saya mengucapkan selamat bercuti dan selamat menambahkan amalan kita sempena dengan Hari Nuzul Quran pada 17 September yang lepas. Pada hari itu kita disuruh untuk memperbanyakkan membaca Kitab suci Al-quran dan mendalami isi yang tersurat dan tersirat di dalam nya.
Tahniah diucapkan kepada semua yg telah bertungkus-lumus dalam menjayakan majlis berbuka puasa kelab pengakap. Tiada siapa yang bisa membalas jasa anda semua, kecuali Allah s.w.t.
For the pengarah program, Saudari Putri, Congratulation...n for de krew, thanz a lot, tiada apa yang kita harapkan, kecuali kepuasan dan sebuah pengertian.
Bukan mudah untuk mengumpulkan anda semua, itu saya akui. Dengan kesibukan yang kian meruncing, dan masa yang kian tipis, alhamdulillah...kita berjaya juga berbuka bersama. Walaupun niy first time kita buat, namun berkat usaha yang bersungguh dan kecekalan hati pengarah itu sendiri, dan gabungan semangat setiap ahli, semua ini berjaya juga ditempuh.
Ada banyak pihak yang memberi cadangan kepada saya untuk memperbaiki dan memperkemaskan lagi kelab pengakap kita. Antaranya ialah mengadakan satu kursus membina kertas kerja. Kursus ini dirancang akan diadakan selepas sahaja selesai Majlis Hari Raya dan akan melibatkan semua ahli Odyssey Rovers. Kursus itu mungkin akan diadakan di sekitar kawasan Umt dan antara penceramah-penceramah jemputan ialah Cik Rozi Azlina, iaitu Sekratariat Badan Pencegahan Rasuah Umt dan Cik Lee Wai Cheng Bendahari Majlis Perwakilan Pelajar Umt.
Objektif program ini adalah untuk mendedahkan ahli pengakap tentang cara-cara membina kertas kerja dan seterusnya mengendalikan program tersebut agar ia berjaya dengan sepenuhnya. Ini adalah penting agar Kertas Kerja yang dibina tidak mengalami masalah di peringkat Hepa dan seterusnya Kementerian Pelajaran Tinggi.
Diharapkan agar program ini akan dapat direalisasikan dan berjaya memberi input yang berguna kepada semua ahli pengakap Umt. Kelab kita sebenarnya masih ketandusan program-program yang besar dan melibatkan penglibatan KPT. Oleh itu, penganjuran Kursus ini amatlah penting dan munasabah. Semoga Kelab Pengakap kita akan terus maju di masa hadapan.....
Jom kawan-kawan kita bangunkan pengakap kita sementara masih sempat.
Hinex Camp 2009, we are the bez....
Meeting AJKT Odyssey rovers....
Perhatian kepada semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi Odyssey Rovers, satu mesyuarat akan diadakan pada:
Tarikh: 19 september 2008 ( Jumaat )
Tempat: Medan Kuliah 11
Masa: 8.00 pagi-10 pagi (sharp)
Pakaian: Uniform lengkap (no comprimise)
Antara perkara-perkara yg akan dibincangkan ialah tentang:
1-Hala tuju Odyssey Rovers
2-Perancangan Aktiviti seterusnya
3-T-shirt
4-Perkara-perkara yg berbangkit pada mesyuarat yg lepas
Sila sebarkan tentang perkara ini. Kehadiran adalah WAJIB...
Sekian....harap maklum.
Discover the spirits of blue ocean
Majlis Berbuka Puasa 2008
(bendahari n setiausaha kelab.....)
Wednesday, September 17, 2008
Thank u........
TAHNIAH !!!
TAHNIAH !!!!
-kepada semua ahli Jawatankuasa Majlis Berbuka Puasa kelab Pengakap
-you are very great, lain kali boleh buat lagi yer....hehehehe
TERIMA KASIH
-Kepada Cik Nony, En.Jazli Shafizan, En. Jamalulail dan En. Adli kerana sudi hadir ke majlis kami
*especialy kak nony, thanz a lot.........
and for the geng of odyssey rovers, alan, kak zie, d'mon, topa , razi, rose, sitex, leng, zafirah, zati, aifa, and many2 more.........
Time kaceh, Thank u, Arigato, Syukran....
Teruskanlah semangat kita dalam pengakap, semoga kelab kita akan terus maju dan sukses di masa hadapan.....
ODYSSEY ROVERS BOLEH !!!!
Sunday, September 14, 2008
APR Jamboree 2009
JAMBOREE PENGAKAP ASIA PASIFIK KE 26
Jamboree Asia Pasifik yang ke 26 akan diadakan di Negara Filipina pada tahun 2009.Tema Jamboree ini adalah" scout-creating the better world". Jamboree ini adalah satu perkhemahan peringkat antarabangsa dan dihadiri oleh ahli-ahli pengakap dari negara-negara di Sekitar Kawasan Asia Pasifik seperti Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina. Butir-butir keterangan tentang Jamboree ini adalah seperti dibawah:
Tarikh: 28 Disember 2009- 03 Januari 2010
Yuran: 200 usd
Untuk keterangan lanjut, anda semua boleh melayari laman web
http://aprjamboree2009.com
@
link dkt odysseylink
-Odysseyrovers-
brotherhood in scouting...
Berjumpa lagi kita di ruangan maya ini. Diharapkan blog ini akan dapat menambahkan ilmu kita semua dalam berpengakap dan seterusnya menentukan halatuju kita selepas ini.
Pengakap merupakan suatu pergerakan dunia yang masih kekal sehingga ke hari ini. Pergerakan pengakap telah terbukti berjaya melahirkan insan yang berguna kepada agama,
bangsa dan negara. Persetiaan yang dilafazkan oleh setiap ahlinya merupakan suatu pegangan hidup yang akan diingati sehingga mati. Manakala undang-undang pengakap merupakan cara hidup setiap ahlinya.
Namun, sejak dua menjak yang lalu kita telah mendengar banyak perkara yang tidak baik tentang pengakap. Pertelingkahan antara beberapa pihak telah menular ke pucuk pimpinan sendiri. Persoalannya, adakah undang-undang yang sebegitu cantik dicipta tidak dipraktikkan oleh ahlinya sendiri?? Adakah kerana wang dan pangkat kita bisa berpisah dan hidup bahagia bersama orang-orang yang kita sayang. Pastinya TIDAK.
Ya, memang betul bahawa wang dan pangkat adalah sumber untuk berjaya, boleh bermegah-megah dengan apa yang kita ada. Tapi sampai bila???? Wang dan pangkat tidak membawa kita ke syurga.
Pengakap adalah diibaratkan seperti sebatang pokok yang kian subur dan sering dibajai. Segala keperluan dan nutrien tersedia di depan mata. Maka terpulanglah kepada kita untuk membajanya agar ia tumbuh segar dan tidak runtuh diserang ribut ganas. Namun, dalam konteks ini, akar pokok memainkan peranan yang amat penting dan menentukan tegak runtuh pokok tersebut. Biar pun akar nya adalah kecil, namun peganganya kepada tanah tidak pernah goyah. Cengkamannya adalah mengalahkan ribut yang ganas. Begitulah umpamanya seperti pergerakan kita. Setiap dari kita hendaklah sedar bahawa, pergerakan kita mestilah berasaskan kesanggupan kita untuk berjaya dan membawa pergerakan kita lebih maju kehadapan.
Semangat seperti inilah yang diperlukan dalam berpengakap. Kita tidak seharusnya memandang pangkat atau kedudukan seseorang itu. Segala yang diputuskan hanyalah berdasarkan kemampuan dan semangat yang dimiliki oleh beliau.
Didalam berpengakap, kita mempunyai banyak peluang dan cabang untuk berjaya. Bergantung kepada kita untuk memilih jalan yang mana. Oleh itu, sebagai sebuah persatuan yang kian menempa nama di persada UMT, adalah amat diharapkan agar kita mengukuhkan silaturrahim dikalangan kita. Marilah kita sama-sama membentuk mahabbah di kalangan umat manusia tanpa mengira bangsa atau agama. Didalam pengakap, kita adalah satu keluarga besar yang mempunyai adik dan abang. Yang adik hendaklah menghormati yang abang dan yang abang hendaklah menyayangi yang adik. Persaudaraan antara ahli pengakap hendaklah dipupuk dan disemai diperingkat awal lagi. Ini agar, keakraban hubungan kita akan berkekalan sehingga zaman berzaman. Sekian sahaja madah daripada saya untuk kali ini. Kesimpulannya, persaudaraan antara pengakap adalah merupakan baja kepada setiap batang pokok pengakap. Persaudaraanlah yang menyuburkan akar yang merupakan tunjang bagi hayat sebatang pokok.
Marilah sama-sama kita mewujudkan persaudaraan diantara kita. Salam pengakap.....
once a scout, always a scout, until die.....
eXtream Race kt Pahang 2008
Banyak pengalaman baru telah ditimba dari aktiviti ini khususnya pengalaman memakan roti canai berkuahkan rempah. Odyssey rovers hanya berjaya mendapat saguhati. InsyaAllah lain kali kita boleh cuba lagi....Odyssey rovers boleh!!!!