Saturday, September 20, 2008

Hari Keamanan Sedunia 21/ 09/ 2008



Hari keamanan sedunia merupakan hari yang amat penting dan disambut pada 21 september setiap tahun. Pada Hari tersebut, semua umat manusia didunia ini diseru agar menamatkan segala permusuhan dan mengekalkan segala persaudaraan yang telah terbina semenjak zaman-berzaman. Hari keamanan sedunia ini disambut oleh seluruh dunia dan merupakan acara tahunan bagi setiap negara. Pengistiharan 21/9 sebagai hari keamanan sedunia pada awalnya ialah pada tahun 1982 iaitu semasa Resolusi U.N. Sesiapa juga boleh meraikan hari tersebut, tidak kiralah pangkat, kedudukan ataupun agama sekalipun. 'We all are under the same sun'. Langkah pertama yang harus kita lakukan ialah dengan menamatkan permusuhan antara sesama kita dan wujudkan kembali ukhuwah yang telah lama terpadam. Mulakan hari tersebut dengan seribu senyuman. Suburkan kembali keamanan di dunia ini dan biarlah keturunan kita dimasa hadapan tidak menanggung seksa akibat kedegilan dan ketamakan hati kita.....

Semoga Ramadhan pada kali ini memberi seribu pengertian kepada kita semua. Selamat menyambut Hari Keamanan Sedunia 2008....

Untuk keterangan lanjut, anda semua boleh melayari :

www.internationaldayofpeace.org/


SCOUT'S- Creating the better world







0 comments:

Post a Comment

 

Odyssey Rover's Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Blogger Templates © 2008