Thursday, September 18, 2008

Minda pengarang 2....


Assalamualaikum dan salam pengakap.
Alhamdulillah, hari ni dah 18 hari kita berpuasa. Rasa nyer masih tak terlewat untuk saya mengucapkan selamat bercuti dan selamat menambahkan amalan kita sempena dengan Hari Nuzul Quran pada 17 September yang lepas. Pada hari itu kita disuruh untuk memperbanyakkan membaca Kitab suci Al-quran dan mendalami isi yang tersurat dan tersirat di dalam nya.

Tahniah diucapkan kepada semua yg telah bertungkus-lumus dalam menjayakan majlis berbuka puasa kelab pengakap. Tiada siapa yang bisa membalas jasa anda semua, kecuali Allah s.w.t.
For the pengarah program, Saudari Putri, Congratulation...n for de krew, thanz a lot, tiada apa yang kita harapkan, kecuali kepuasan dan sebuah pengertian.

Bukan mudah untuk mengumpulkan anda semua, itu saya akui. Dengan kesibukan yang kian meruncing, dan masa yang kian tipis, alhamdulillah...kita berjaya juga berbuka bersama. Walaupun niy first time kita buat, namun berkat usaha yang bersungguh dan kecekalan hati pengarah itu sendiri, dan gabungan semangat setiap ahli, semua ini berjaya juga ditempuh.

Ada banyak pihak yang memberi cadangan kepada saya untuk memperbaiki dan memperkemaskan lagi kelab pengakap kita. Antaranya ialah mengadakan satu kursus membina kertas kerja. Kursus ini dirancang akan diadakan selepas sahaja selesai Majlis Hari Raya dan akan melibatkan semua ahli Odyssey Rovers. Kursus itu mungkin akan diadakan di sekitar kawasan Umt dan antara penceramah-penceramah jemputan ialah Cik Rozi Azlina, iaitu Sekratariat Badan Pencegahan Rasuah Umt dan Cik Lee Wai Cheng Bendahari Majlis Perwakilan Pelajar Umt.

Objektif program ini adalah untuk mendedahkan ahli pengakap tentang cara-cara membina kertas kerja dan seterusnya mengendalikan program tersebut agar ia berjaya dengan sepenuhnya. Ini adalah penting agar Kertas Kerja yang dibina tidak mengalami masalah di peringkat Hepa dan seterusnya Kementerian Pelajaran Tinggi.

Diharapkan agar program ini akan dapat direalisasikan dan berjaya memberi input yang berguna kepada semua ahli pengakap Umt. Kelab kita sebenarnya masih ketandusan program-program yang besar dan melibatkan penglibatan KPT. Oleh itu, penganjuran Kursus ini amatlah penting dan munasabah. Semoga Kelab Pengakap kita akan terus maju di masa hadapan.....

Jom kawan-kawan kita bangunkan pengakap kita sementara masih sempat.

Hinex Camp 2009, we are the bez....

Odyssey rovers moving towards World Jamboree 2012.

0 comments:

Post a Comment

 

Odyssey Rover's Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Blogger Templates © 2008