Sunday, September 07, 2008

minda pengarang....


assalamualaikum dan salam perpaduan, tanpa kite sedar2 sebenarnya dah seminggu kite menjalani ibadah puasa dan selama seminggu jugalah kite telah menempuh ujian yang amat getir dalam hidup seorang manusia. Dibulan inilah kita disuruh untuk menjaga segala percakapan, perlakuan, penglihatan dan pemikiran kita dari segala bentuk sifat yang boleh "menghancurkan" ibadah kita.

Manusia adalah sesuatu mahkluk yang unik dimana kita dibekalkan dengan akal fikiran yang bertujuan unjuk mengawal segala perlakuan dan percakapan kita sepanjang kita menjadi khalifah dibumi tuhan ini. Oleh kerana itu, kita hendaklah menunjukkan sikap yang melambangkan keagungan kita sebagai manusia. Segala permusuhan dan pergaduhan yang terdahulu dan sekarang hendaklah kita lupakan, kelangsungan persahabatan hendaklah dikekalkan. Ini kerana, dibumi ini, walaupun kita berbeza kedudukan dan pangkat namun diatas sana kita hanyalah kita, seorang manusia yang penuh dengan kelemahan. Se'perfect' mana pun manusia itu, ada jugak cacat cela nya. Jangan lah kita memandang rendah kepada kemampuan orang lain biarpun kita sedar bahawa kelebihan kita melebihinya.

Wujudkanlah kecintaan kita kepada setiap manusia dan makhlukyang lain di alam ini tidak kira siapa pun dia. Setiap insan yang hidup dibumi ini dibekalkan dengan dua sifat, iaitu baik dan jahat. Yang membezakan kita hanyalah jumlah setiap sifat tersebut samaada jahat lebih banyak ataupun baik lebih banyak. Jadi, sejahat manapun seseorang itu namun masih ada kebaikan yang tersembunyi didalam hatinya dan sebaik manapun kita, namun masih ada sedikit kejahatan dalam hati. Hormatilah kanak-kanak kerana dosa yang dilakukan oleh kita adalah lebih banyak berbanding dengan nya. Hormatilah juga orang tua kerana pengalaman hidup nya dibumi ini lebih banyak berbanding dengan kita.

Cinta adalah sesutu yang agung. Cinta membuat kita berasa bahagia namun sifat cinta bukanlah hanya kepada kekasih ataupun 'gewe', tetapi cinta hendaklah juga disalurkan kepada sahabat dan kawan-kawan, juga kepada keluarga tersayang. Moga dengan ini, ukhuwah diantara kita akan terus terjalin dan menjadi suatu kenangan hidup yang lebih bermakna.

Jadi, kepada sesiapa(aku kot) yang berasa ada membuat salah pada sesiapa pun, marilah kita bermaafan dibulan yang mulia ini. Jom kita jalinkan mahabbah diantara sesama umat.

Yang dah tinggal puasa tu, jangan lupe ganti ek....hehehe

Sekian sahaja untuk kali ini, jumpa lagi..........

beres bos....

0 comments:

Post a Comment

 

Odyssey Rover's Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Blogger Templates © 2008