Sunday, September 14, 2008

brotherhood in scouting...


Assalamualaikum dan salam pengakap.....
Berjumpa lagi kita di ruangan maya ini. Diharapkan blog ini akan dapat menambahkan ilmu kita semua dalam berpengakap dan seterusnya menentukan halatuju kita selepas ini.
Pengakap merupakan suatu pergerakan dunia yang masih kekal sehingga ke hari ini. Pergerakan pengakap telah terbukti berjaya melahirkan insan yang berguna kepada agama,
bangsa dan negara. Persetiaan yang dilafazkan oleh setiap ahlinya merupakan suatu pegangan hidup yang akan diingati sehingga mati. Manakala undang-undang pengakap merupakan cara hidup setiap ahlinya.
Namun, sejak dua menjak yang lalu kita telah mendengar banyak perkara yang tidak baik tentang pengakap. Pertelingkahan antara beberapa pihak telah menular ke pucuk pimpinan sendiri. Persoalannya, adakah undang-undang yang sebegitu cantik dicipta tidak dipraktikkan oleh ahlinya sendiri?? Adakah kerana wang dan pangkat kita bisa berpisah dan hidup bahagia bersama orang-orang yang kita sayang. Pastinya TIDAK.
Ya, memang betul bahawa wang dan pangkat adalah sumber untuk berjaya, boleh bermegah-megah dengan apa yang kita ada. Tapi sampai bila???? Wang dan pangkat tidak membawa kita ke syurga.
Pengakap adalah diibaratkan seperti sebatang pokok yang kian subur dan sering dibajai. Segala keperluan dan nutrien tersedia di depan mata. Maka terpulanglah kepada kita untuk membajanya agar ia tumbuh segar dan tidak runtuh diserang ribut ganas. Namun, dalam konteks ini, akar pokok memainkan peranan yang amat penting dan menentukan tegak runtuh pokok tersebut. Biar pun akar nya adalah kecil, namun peganganya kepada tanah tidak pernah goyah. Cengkamannya adalah mengalahkan ribut yang ganas. Begitulah umpamanya seperti pergerakan kita. Setiap dari kita hendaklah sedar bahawa, pergerakan kita mestilah berasaskan kesanggupan kita untuk berjaya dan membawa pergerakan kita lebih maju kehadapan.
Semangat seperti inilah yang diperlukan dalam berpengakap. Kita tidak seharusnya memandang pangkat atau kedudukan seseorang itu. Segala yang diputuskan hanyalah berdasarkan kemampuan dan semangat yang dimiliki oleh beliau.
Didalam berpengakap, kita mempunyai banyak peluang dan cabang untuk berjaya. Bergantung kepada kita untuk memilih jalan yang mana. Oleh itu, sebagai sebuah persatuan yang kian menempa nama di persada UMT, adalah amat diharapkan agar kita mengukuhkan silaturrahim dikalangan kita. Marilah kita sama-sama membentuk mahabbah di kalangan umat manusia tanpa mengira bangsa atau agama. Didalam pengakap, kita adalah satu keluarga besar yang mempunyai adik dan abang. Yang adik hendaklah menghormati yang abang dan yang abang hendaklah menyayangi yang adik. Persaudaraan antara ahli pengakap hendaklah dipupuk dan disemai diperingkat awal lagi. Ini agar, keakraban hubungan kita akan berkekalan sehingga zaman berzaman. Sekian sahaja madah daripada saya untuk kali ini. Kesimpulannya, persaudaraan antara pengakap adalah merupakan baja kepada setiap batang pokok pengakap. Persaudaraanlah yang menyuburkan akar yang merupakan tunjang bagi hayat sebatang pokok.
Marilah sama-sama kita mewujudkan persaudaraan diantara kita. Salam pengakap.....
once a scout, always a scout, until die.....

-odySsey Rovers-
discover the spirit's of blue ocean

0 comments:

Post a Comment

 

Odyssey Rover's Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Blogger Templates © 2008